Bertempat di China, terdapat seorang lelaki berusia 44 tahun mampu mengisi angin pada tayar kereta hanya dengan menggunakan hidungnya. Memetik laporan Mail Online, lelaki tersebut dikenali sebagai Tong Junhai menunjukkan kemahirannya di Taman Huancheng dekat bandar Xi'an, barat daya China pada 25 Februari lalu.
Aksi hebatnya itu mula tersebar sejak beberapa hari lalu dan dalam rakaman itu jelas kelihatan Junhai menggunakan paip yang disambung pada tiub tayar sebelum menghembuskan angin untuk menggunakan hidung. Orang ramai yang melihat aksi tersebut kagum dengan kehebatan Junhai mengisi angin pada tiub tayar itu dalam tempoh beberapa minit sahaja. Menurut Junhai, dia boleh berbuat demikian kerana saiz paru-parunya yang besar, sekali gus boleh mengepam angin dengan banyak. Sementara itu, ketika membuat pertunjukan umum, terdapat seorang lelaki cuba mempertikaikan kemampuan Junhai dan mencuba sendiri meniup tiub berkenaan menggunakan mulut.
Namun lelaki berkenaan gagal untuk meniru aksi Junhai.- CARI |
10
Bagus |
17
Marah |
11
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Madel replied at 9-3-2017 07:05 PM
Untung la..aku ni sejak dpt lesen tak pernah reti pam tayar..banyj kali belajar pun trtap fail
CiliPadiSedap replied at 9-3-2017 07:13 PM
cucuk je kt tayar tu. sampai pam tayar bunyi click click click.. lepas tu buang angin sedikit..
dody_farid replied at 9-3-2017 09:56 PM
Dah berapa banyak taik hidung dengan bulu hidung masuk dalam tayar tu
Modngengade replied at 10-3-2017 09:36 AM
sis @dodolgemok pun mampu dgn menggunakan angin dari perut beliyau kan sis
ADVERTISEMENT