CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Proton Saga Sebenarnya Adalah Ayah Kepada Viva

15-3-2017 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6077| Komen: 44


“Tak tahu nak letak nama apa masa tu, ada orang cadangkan Proton Saga, saya fikir bagus juga, jadi saya terus setuju.”

Itu reaksi Kelambu Jambi yang kini berumur 54 tahun mengenai nama unik anak sulungnya, Proton Saga yang diambil sempena nama model kereta nasional pertama negara.

Memetik laporan Malay Mail Online, Proton Saga menjadi perhatian selepas namanya sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tular di media sosial.

Mengimbas kenangan 33 tahun lalu, Kelambu berkata, nama itu dicadangkan seorang anggota polis yang ditemui di pejabat pendaftaran ketika hadir untuk mendaftarkan nama anak lelakinya.

Katanya, dia yang tidak tahu menulis dan membaca bingung kerana tidak mempunyai sebarang idea untuk menamakan anaknya.

“Ada seorang polis di Trolak cadangkan nama Proton Saga, saya ikut saja."

Proton Saga berkata masyarakat kampung tidak pernah memperlekehkan namanya, namun mereka lebih senang memanggilnya sebagai ‘Alor’.

“Saya tak kisah pun, buat apa nak malu atau segan. Kalau orang tanya nama, saya beritahu nama sebenar."

“Tak sangka baru kali ni heboh. Saya pun tak tahu nama saya dah disebut-sebut orang sampailah ada wartawan cari,” katanya.

Malah Proton Saga Kelambu turut mengikut jejak bapanya memberikan anak perempuannya nama Viva yang berusia 10 tahun 

Anak sulungnya dinamakan Viva sempena kereta dihasilkan Perodua pada Mei 2007 selepas dicadangkan seorang jururawat di Tapah.

“Macam bapa saya juga, waktu tu saya tak tahu nak letak nama apa. Kebetulan ada misi datang periksa isteri saya. Dia beri cadangan nama Viva. Saya dan isteri rasa itu unik dan terus setuju,” katanya.

Apa sekali pun, semoga keluarga tersebut diberkati dan bahagia dengan pemberian nama-nama yang cukup unik itu.- CARI

sumber foto: Malay Mail Online

7

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 14-3-2017 11:18 PM
hahahahahahaha
Quote kuzaime 14-3-2017 11:23 PM
Ehhh..oklah drpd bg nama yg makna pun ntah apa2 walau bunyi sedap..
Quote sebu 14-3-2017 11:27 PM
tajuk betul2 mengundang tandetanye
Quote sebu 14-3-2017 11:29 PM
Selain proton saga ape name anak2 yg lain
Quote zawara 14-3-2017 11:31 PM
Hahahaa polis and misi yg cadangkan tu ponnnn haihh
Quote Mary_jane 14-3-2017 11:31 PM
Yang ni takde nak tanya ke apa maksud nama acik?
Quote Rainrein 14-3-2017 11:32 PM
Nama bapak lagi unik kottt.
Quote sebu 14-3-2017 11:33 PM
“Ada seorang polis di Trolak cadangkan nama Proton Saga, saya ikut saja.


Quote cHimo 14-3-2017 11:35 PM
Nasib dia tak letak Myvi..
Quote pearl.silver 14-3-2017 11:38 PM
Nama Axia dan Iriz sangat feminin..
Harap dia consider nama ni kat ank pompuan dia seterusnya
Klu jantan bole letak Preve atau SupRimau
Quote kucen_miang 15-3-2017 12:16 AM
pearl.silver replied at 14-3-2017 11:38 PM
Nama Axia dan Iriz sangat feminin..
Harap dia consider nama ni kat ank pompuan dia seterusnya
Klu  ...

Supirmak lebih gah
Quote ImperaInspiron 15-3-2017 12:48 AM
Polis ngan misi tuh boleh menang anugerah troll terbaik haha
Quote aleesyasofia 15-3-2017 12:48 AM
pearl.silver replied at 14-3-2017 11:38 PM
Nama Axia dan Iriz sangat feminin..
Harap dia consider nama ni kat ank pompuan dia seterusnya
Klu  ...

dlm drama dh ade qisha iriz.. sedap jgk nama iriz tue.
Quote RatuDunia94 15-3-2017 01:07 AM
X pelik pon.. Sebenarnya kalo org malaysia x letak nama anak acah2 org arab.. Mcm tu la nama org malaysia.. Kelisa Bin Wira
Quote babablec 15-3-2017 01:18 AM
senang je kan nama dorang,xyah belek2 buku nak cari nama anak.
Quote surwanis 15-3-2017 11:33 AM
Aku ingat proton saga tu mengandungkan viva...
tajuk bikin onar guh
Quote Star_el 15-3-2017 11:36 AM
hahaha kelakar pun ada.
Tah kenapa aku rs cm nurse tu senanya nk perli sbb nama apaknya proton saga, saja melawak suh buh viva.
Tapi comey je kisah ni
Quote sebu 15-3-2017 11:38 AM
Tapi nama viva mcm nama semue bangse boleh terime. exora pun cantik
Quote krustykrab 15-3-2017 11:45 AM
jahat la org yang suggest nama2 tu...mcm nak mengenakna je

bagi la nama2 bunga ke, kalau jatan bagi la nama2 pahlawan melayu...kesian aku kat diorg ni sbb terjumpa dgn org2 yg tak ikhlas

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.061841 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top