Kejadian pukul 11 malam itu mengakibatkan buruh binaan, Moris Asang Yahya, 20, mati di tempat kejadian. Sebelum itu, mangsa dikatakan telah meminum arak bersama suspek dan lima lagi rakan sekampungnya dari Sarawak di rumah tersebut. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, mangsa dan suspek kemudian telah bertengkar dan bergaduh. Katanya, suspek yang berusia 26 tahun tersebut kemudian cuba mencederakan mangsa dengan dua bilah pisau.
|
ADVERTISEMENT