CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tunggal Harap Tiga Anak Pulang Dengan Selamat

15-8-2013 09:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7634| Komen: 36

Ibu Tunggal Harap Tiga Anak Pulang Dengan Selamat

IPOH: Ibu tunggal, Safarela Azwa Ishak berharap tiga orang anaknya yang hilang lebih 24 jam akan kembali dengan selamat.

Safarela Azwa, 36, pegawai di sebuah kilang berkata, dia terkejut setelah mendapati ketiga-tiga anaknya hilang selepas pulang ke rumah dari tempat kerja pada petang Selasa.

Dia percaya anaknya, Syarafuddin Syazwan Rizauddin, 11, Syarir Syafi Rizauddin, 8, and Syauratul Syafiah Rizauddin, 6, meninggalkan rumah mereka di Taman Meru 2B antara pukul 2 petang dan 6 petang.

"Saya percaya mereka meninggalkan rumah selepas adik perempuan saya yang menjaga mereka pada sebelah pagi keluar kira-kira pukul 1.30 petang.

"Mereka tidak pernah meninggalkan rumah tanpa penjaga di sisi mereka dan sudah semestinya mereka tidak tahu menggunakan pengangkutan awam," katanya.

Safarela Azwa berkata ketiga-tiga anaknya tidak membawa barang lain kecuali dompet mereka.

"Saya tidak dapat menghubungi mereka kerana mereka tidak mempunyai telefon bimbit," katanya.

Safarela Azwa berkata dia sudah mencari ketiga-tiga anak mereka bersama bekas suaminya tetapi tidak tahu ke mana mereka pergi.

"Kami sudah mencari mereka di terminal bas Amanjaya dan pasar raya Mydin tetapi usaha kami hanya sia-sia," katanya.

Adik lelaki Safarela Azwa, Saiful Azril Ishak, 30, berkata mereka mengesyaki ketiga-tiga kanak-kanak itu berkunjung ke rumah rakan-rakan mereka untuk berhari raya.

Katanya, keluarga mereka turut memuat naik gambar ketiga-tiga kanak-kanak itu di laman Facebook dan sesiapa yang menjumpai mereka boleh menghubungi keluarga itu.mstar


Dari kiri: Syarafuddin Syazwan Rizauddin, 11, Syarir Syafi Rizauddin, 8, and Syauratul Syafiah Rizau ...

8

Bagus
13

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsrezza 14-8-2013 10:10 PM
Kemana kanak2 ni hilang?..janganlah diculik..kesiannya kat ibu ni..comel2 anak dia..
Quote harimau76 14-8-2013 10:10 PM
Semoga dorang dijumpai segera...
Quote cmf_blingblings 14-8-2013 10:10 PM
rasanya kerja bekas suami
Quote batmana 14-8-2013 10:19 PM
apasal la adik pmpn dia bangang sangat...
Quote redz85 14-8-2013 10:21 PM
cmf_blingblings posted on 14-8-2013 10:10 PM
rasanya kerja bekas suami

Safarela Azwa berkata dia sudah mencari ketiga-tiga anak mereka bersama bekas suaminya tetapi tidak tahu ke mana mereka pergi.
Quote cmf_blingblings 14-8-2013 10:34 PM
redz85 posted on 14-8-2013 10:21 PM
Safarela Azwa berkata dia sudah mencari ketiga-tiga anak mereka bersama bekas suaminya tetapi tida ...

manalah tahu kot2 kura2 dlm perahu
Quote zehra2 14-8-2013 10:56 PM
bukan senang nak culik 3 sekali. tp tak tau la akal budak. kot kena tipu, ckp mak depa sakit ke.. tu yg main ikut aje.
Quote machiko 14-8-2013 11:54 PM
berapa umur adik mak dia yg jaga ni..Senang2 nak tinggalkan rumah..
Quote bobby2008 14-8-2013 11:57 PM
aku rasa diorang pergi beraya, pergi jauh lepas tu sesat tak tahu jalan nak balik.

Quote saladin780 14-8-2013 11:58 PM
kalu aku jadi dia..aku lempang puas2 adik pompuan itu..main tinggal je anak2 buah sendiri

tp dgrnya dah jumpa kan
Quote lavapost 15-8-2013 12:06 AM
saladin780 posted on 14-8-2013 11:58 PM
kalu aku jadi dia..aku lempang puas2 adik pompuan itu..main tinggal je anak2 buah sendiri

tp dgrn ...

kalau aku jadi kau...

aku suruh lobai pitmie nikaq dgn janda ni...

berbakti sambil beramal gitu...



Quote NURMIMIE 15-8-2013 12:33 AM
dah jumpa kan.. jumpa kat KL..

KL - IPOH jauh tuh..
Quote jazaa 15-8-2013 12:38 AM
NURMIMIE posted on 15-8-2013 12:33 AM
dah jumpa kan.. jumpa kat KL..

KL - IPOH jauh tuh..

Sapa yg bawak sampai kl mimik....
Takkan dorng nk gi open house rumah PM.....dah lepas dahnn.n
Quote NURMIMIE 15-8-2013 12:41 AM
jazaa posted on 15-8-2013 12:38 AM
Sapa yg bawak sampai kl mimik....
Takkan dorng nk gi open house rumah PM.....dah lepas dahnn.n

tatau.. blom dapat tau lagi..

kat balai gombak budak2 tuh..

bapak dia pun masih tak tau mcm mana anak2 dia sampai sana..

mak dia pun cakap dorang bawak dompet jah.. tak bawak barang2 lain.. so memang keluar lah tuh..

ntah2 naik teksi ka.. teksi tau kena bayar jah kan.. budak2 time2 neh duit lebat.. duit raya katakan..



Quote jazaa 15-8-2013 12:43 AM
NURMIMIE posted on 15-8-2013 12:41 AM
tatau.. blom dapat tau lagi..

kat balai gombak budak2 tuh..

Aku rasa dorng naik keretapib laju tu kot....
Sampai kl dah tak tau nk gi mana.....
Quote NURMIMIE 15-8-2013 12:46 AM
jazaa posted on 15-8-2013 12:43 AM
Aku rasa dorng naik keretapib laju tu kot....
Sampai kl dah tak tau nk gi mana.....

agaknya lah..

eeeee.. rasa nak jotos2 makcik depa yang jaga tuh..

dah kena suruh jaga anak buah, jaga aja lah.. gi gatal bijik juga keluar tinggalkan budak2 tuh napenya tatau!!

senang2 nak keluar tuh, sure lah senang2 orang boleh masuk rumah tuh.. time raya kan. budak2 apa tau??

eeee.. tak habis geram tau!!

Quote honeybee1802 15-8-2013 09:31 AM
Derang naik apa gi kl tu?musykil aku...nak pi umah saper kt kl?
Quote haryatie 15-8-2013 09:38 AM
ni yg da jumpa kat kl kan..
jauh dia org jln beraya..tp x kan kut..beraya sampai kl..tanpa arah n tujuan..

dulu kat kpg aku ada satu kes..ank kakak tinggal sekejap ngan adik dia kat rumah..masa tu emak budak tu keje syif malam..
adik prempuan dia g public phone..ank sedara dia tidur kat rumah..da tu dia lock smua pintu rumah..
x tahu mcam mana bleh jd kebakaran..maybe ubat nyamuk kut..
ank sedara dia mati terbakar..jiran2 x dpt nak masuk tolong selamat kan..
si makcik tu duk sedap bergayut kat public phone..x sedar rumah ngan ank sedara da mati terbakar..
mmg sedih gile kita org tengok & dengar mcam mana budak tu menjerit minta tolong...
Quote sue_y05 15-8-2013 09:45 AM
rasanya masalah keluarga ni dengan bekas suami. tok nenek sebelah suami rindu
nak jumpa cucu. emak pulak jenis bengkeng tak kasi jumpa. ex husband pandailah cover.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.103328 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top