CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Ini Benda Perlu Dikorbankan Jadi Food Blogger, No 3 Tu Memang Perit!

17-3-2017 07:21 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 6325| Komen: 11


Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Ramai sekarang kita tengok orang mula minat menjadi penulis bebas atau juga blogger. 


Tapi blogger apa yang kita mahu kenali adakah seorang blogger lifestyle atau juga blogger beauty atau blogger makan. Bila sebut pasal blogger makan Maha pun agak susah juga nak mula menjadi seorang Food Blogger.

7 tahun dulu bergiat dalam dunia blog ni tak fikir tentang kejayaan sekarang ni sebab buat hanya untuk suka-suka. Tapi bermula dengan suka-suka tu mula jadi minat dan juga kini jadi sebagi sebahagian dari kerjaya. 

Tapi tak mudah untuk mula dikenali sebagai Food Blogger. Ada banyak perkara yang anda perlu korbankan jika hendak menjadi Food Blogger. Ni Maha senaraikan perkara yang telah Maha korbankan sepanjang bergelar Malay Food Blogger.


1) Korban Duit
Kenapa Maha cakap kita perlu korbankan duit jika mahu menjadi Food Blogger? Ini kerana masa mula-mula Maha nak tulis pasal makan Maha pergi makan menggunakan duit sendiri di mana-mana restoran yang Maha minat. 

Memang kena keluarkan duit dan pergi cuba makan kat restoran yang menarik sebab harga tak murah. Tambah sekarang ni ada GST dan caj perkhidmatan jadi memang korang kena sedia untuk berbelanja baru dapat kepuasan dan penulisan yang menarik.

2) Korban Masa
Maha bukanlah full time blogger kerana Maha mula menjadi blogger pun semasa tengah bekerja makan gaji. Jadi memang kena korban masa terluang terutama masa cuti. Hanya waktu cuti itulah untuk Maha luangkan masa pergi review makanan kat serata tempat. 

Masa malam pula Maha habiskan dengan mengarang di blog. Jadi pengurusan masa adalah penting jika korang nak jadi blogger tak kira blog apa pun.


3) Korban Diet
Ini paling penting dimana sebagai seorang Food Blogger anda memang kena korbankan diet. Kalau nak badan cantik macam model memang mustahil sekiranya anda seorang Food Blogger. Ini kerana setiap kali pergi review tak kan anda nak cuba 1 hidangan sahajakan. 

Bukan selalu dapat datang restoran atau hotel mahal ni jadi korang memang kena cuba 3 atau 4 menu baru puas hati. So jangan pelik kalau korang mengalami masalah berat badan tapi tak mustahil kerana ada juga Food Blogger yang slim ok. Jadi korang sedia ke untuk berkorban semua yang Maha senaraikan ini untuk menjadi Food Blogger. 


Sebab Maha telah hadapi semua ini dan ia membawa Maha menjadi seorang Food Blogger seperti mana yang Maha ada sekarang. Jangan takut kalau korang betul-betul sedia untuk apa yang korang minat dan suka betul tak. Maha tak pernah menyesal kerana Maha tahu apa yang Maha buat ini adalah betul.

Walau apa pun kesihatan penting juga dan kena jaga walaupun korang terpaksa makan dengan banyak. Nanti Maha sharekan pada korang bagaimana seorang Food Blogger nak jaga kesihatan tapi dalam masa sama tetap kena makan untuk review. 

Maha harap apa yang Maha kongsikan ini dapat sedikit sebanyak menjadi panduan buat korang yang ada memasang impian menjadi Food Blogger. Selamat mencuba semua.
28

Bagus
32

Marah
26

Terkejut
21

Sedih
21

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 17-3-2017 08:29 PM
ehem dpt sponsor tu payung lah kaka sikit voucher makanan.. kaka pernah dpt sponsor makan dkt hotel putrajaya masa buka puasa.. kawan bg voucher.. yang tak tahan tu musang king berlambak .. sendawa sampai ke car park..  malam tu tumbang hasil tendangan padu gas musang king..
Quote green~tea 17-3-2017 08:49 PM
Korban kesihatan.. gemok gedempol nnti kencing manis darah tinggi jantung segala in one pakej
Quote DeeHanania 17-3-2017 09:14 PM
Huhuhu,kalo balik umah Mak,xde makna yer berdiet... Air tangan Mak,tbaik
Quote imransulaiman 17-3-2017 10:09 PM
Senak mata aku baca Maha situ Maha sini Maha sinun!
Quote WhiskeyScotch 18-3-2017 01:31 AM
Kalau jenis yang pandai makan dan makan semua jenis makanan sesuailah jadi food blogger.
Quote seramado 18-3-2017 07:16 AM
Ok slm perkenalan
Quote ciwi1166 18-3-2017 07:42 AM
patot la food2 blogger ni semua big size...kihkihkih
Quote Bladbad 18-3-2017 10:09 AM
Saya setuju. Kekdahnya mmg duit,diet, dan masa kena korban kalau nak jadi foodie or food blogger. Tapi ada satu kepuasan yg mcm 'arghh yess dah makan dah mknn tu'  

Being a foodie ni bukan stkt review makanan tp kena pandai ambil gmbr makanan supaya nmpk tempting dimata org. Hahahaha apatah lg flatlay tuuu
Quote pearl.silver 19-3-2017 07:08 PM
Pernah tak ada restoran yg invite you review diorang punya food?
Adakah you akan jujur jika makanan dia tak sedap?

Banyak kali juga restoran yang masuk jalan2 cari makan tu, yang I pergi atau org lain review, tak sedap, servis hauk dsb.
Quote Star_el 20-3-2017 09:30 AM
pearl.silver replied at 19-3-2017 07:08 PM
Pernah tak ada restoran yg invite you review diorang punya food?
Adakah you akan jujur jika makanan ...

yes, this is what i want to ask.
Boleh jadi objektif ke?
Mana lagi utama, paid review atau honest critics?
Sbbnya blogger ni kan ada loyal following yg jadikan blog tu as reference. So mcm tak beretika pulak bila menipu dlm review.
Quote debab76 29-4-2017 03:04 PM
naz JJCM boleh je badan slim chuols!!! jgn jd kan alasan yach.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055571 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top