Kalau dulu minatnya adalah membeli baju, kini selebriti jelita Anzalna Nasir mempunyai hobi baharu iaitu menghias rumah pula. Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir memberitahu, hampir setiap hari dia mengalih perabot hingga suaminya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki bingung.
"Aktiviti paling menyeronokkan sekarang adalah menghias rumah. Bayangkan, saya mengubah kedudukan perabot hingga suami jadi bingung. Malah, saya semakin 'gila' membeli barang hiasan rumah terutama lampu. Gara-gara itu, Hanif mencadangkan saya membuka kedai kerana terlalu banyak lampu yang dibeli," katanya kepada BH Online. Namun aktres drama Memori Cinta Suraya ini sedar dia perlu mengawal perbelanjaan agar tidak berterusan membazir.
Malah, dia bercadang untuk menjual hiasan lampu yang sudah tidak digunakan lagi menerusi laman Instagramnya. Jadi bagi anda yang berminat bolehlah mengikuti akaun media sosialnya ya. -CARI |
13
Bagus |
12
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
13
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 19-3-2017 05:34 PM
pic last tu laki dia cam
"eh eh dia nak kiss plak"
NAT_11 replied at 19-3-2017 06:09 PM
Bukan ke Anzalna ni berlakikan Mat Saleh - sudah ceraikah dan
kawen jantan Melayu pulak............ ...
mokcikKSKB replied at 19-3-2017 05:38 PM
Jgn sakit bdn sudah...
budaktua replied at 19-3-2017 05:57 PM
tu namanya nak minta lg brg dlm rumah...
de_ikea replied at 19-3-2017 05:11 PM
Alang2 ada talent mnghias, baik amik upah jd id kecik2. Dah nama anzalna. Org nk ajek.
ADVERTISEMENT