CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Model Sambilan OKU Berkeras Mengaku Tak Bersalah

25-3-2017 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12825| Komen: 86

Model sambilan orang kurang upaya (OKU) yang memandu menongkah arus di Lebuhraya Utara-Selatan minggu lalu sekali lagi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian.



Foto: Harian Metro

Memetik Harian Metro, pengakuan itu dibuat Ng Pei Ven, 19, sebaik sahaja pertuduhan dalam bahasa Mandarin dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Ng didakwa memandu kereta di bawah pengaruh dadah pada 14 Mac lalu mengikut Seksyen 44 (1) (a), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun serta lucut lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan jika disabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin dan meminta tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada tarikh sama bagi pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah menetapkan 12 Mei ini bagi sebutan semula kes, sementara tertuduh dibenarkan ikat  jamin RM7,000 dengan dua penjamin.


Foto: mStar Online

Sebelum itu, pada Jumaat lalu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a), Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menggunakan syabu dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, namun dia tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin. - CARI

16

Bagus
26

Marah
17

Terkejut
16

Sedih
16

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 24-3-2017 11:43 AM
dah gemuk sikit plak
Quote haryatie 24-3-2017 11:55 AM
eeeeeee..menyampah pulakkkk
Quote matchstick 24-3-2017 11:59 AM
x sembuh lagi tangan tu..
Quote gdspls 24-3-2017 12:00 PM
terang2 langgar orang tak mengaku salah lagi?..
only in malaysia
Quote jfq 24-3-2017 12:14 PM
Rakyat msia pun nak perlu penterjemah bahasa bagai
Quote idakamaruddin 24-3-2017 12:17 PM
sikit je amaun ikat jamin

patut ngn kesalahan amik dadah dh kene denda lg tinggi or patut penjara je la trus
Quote kikuri 24-3-2017 12:19 PM
dah langgar orang sampai mati lagi tanak ngaku salah...
Quote prizadane 24-3-2017 12:21 PM
stupid girl! kalau bukan ko yang salah, then orang yang ko langgar sampai mati tu ke yang salah?

Quote bungarose 24-3-2017 12:22 PM
Kurang ajar
Tak guna
Quote Chesire_Epilog 24-3-2017 12:23 PM
Kalau kat satu tempat kat indon, kalau ikut cerita dam merung..nyawa dibayar dengan nyawa kekdahnya
Quote zach2008 24-3-2017 12:26 PM
Kalau dia boleh buktikan dia tak ambik dadah dan terdapat keraguan dlm sample yg diambil polis termasuk tercemar, silap2 boleh lps budak nih.
Quote JunkMail 24-3-2017 12:43 PM
bangang abadi. mana kau ambil lesen yang kata memandu di arah bertentangan itu betul? babi
Quote jazaa100 24-3-2017 12:46 PM
zach2008 replied at 24-3-2017 12:26 PM
Kalau dia boleh buktikan dia tak ambik dadah dan terdapat keraguan dlm sample yg diambil polis terma ...

Mcmana blh lepas...dah sah sah melawan arus...
Quote mizzmimi 24-3-2017 12:50 PM
Pi mamposs..
Quote CrowneGlory 24-3-2017 12:56 PM
Tembak mati jah senang...membazir angkut sana sini maintain x mengaku
Quote Joannalee 24-3-2017 01:11 PM
zach2008 replied at 24-3-2017 12:26 PM
Kalau dia boleh buktikan dia tak ambik dadah dan terdapat keraguan dlm sample yg diambil polis terma ...

Tp Stil melawan arus n da yg mati... kan ???
Quote catalina 24-3-2017 01:14 PM
Saka dia kot yg langgar
Quote sukacactus 24-3-2017 01:20 PM
Kalau xambik dadah pun, dah sah2 ko pandu lawan arus, dan sah2 org lain mati disebabkan ko
Quote puccafan 24-3-2017 01:27 PM
Kalo ngaku salah, kena jail. Kalo tak ngaku, bole la hidop bebas lama sikit.
family mangsa ni doa jela banyak2.doa orang teraniaya makbul. Cepat atau lambat aje la balasan tu

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.052154 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top