Hari ini, tersebar berita yang mengatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dimasukkan ke hospital, namun sebabnya masih tidak diketahui.
Setiausaha politiknya, Rodziah Ismail, mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan keadaan pengerusinya setakat ini tidak membimbangkan. Cuma tidak memberitahu puncanya dan hospital mana. Menurut Rodziah, atas nasihat doktor, hanya keluarga terdekat dibenarkan mengunjungi Dr Wan Azizah supaya dia dapat masa yang mencukupi untuk berehat. Sehubungan itu, hari ini Dr Wan Azizah tidak dapat menghadirkan diri ke sidang Dewan Rakyat dan juga sidang Dewan Negeri Selangor yang bermula hari ini (Isnin) serta beberapa acara lain.- CARI |
ADVERTISEMENT