Sebelum ini personaliti popular Singapura, Najip Ali telah memberi komen negatif terhadap pemimpin negara Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Susulan isu tersebut, Najib dan rangkaian Channel 5 Mediacorp Singapura telah memohon maaf secara terbuka. Kementerian Luar, dalam satu kenyataan berkata kepada Berita Harian, "Kerajaan Malaysia berharap perkara sebegini tidak akan berulang pada masa hadapan tatkala Malaysia dan Singapura sedang giat berusaha untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi demi manfaat bersama." Sebelum ini, dalam rancangan 'OK Choppe', Najip Ali diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dikurangkan satu perkataan iaitu 'Najib slams... for threatening Malaysia progress' dan perkataan yang tertinggal itu adalah 'fake news'.
Namun, dia telah menyambung ayat tersebut dengan kata-kata yang menghina dan merendah-rendahkan pemimpin negara. "Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan (tidak) berhati perut. Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya," kat Najip kepada mStar Online. Gara-gara itu, Najip Ali digugurkan daripada menjadi juri tetap program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017. Dia akan digantikan dengan juri lain yang akan diberitahu kelak. Jadikan ini sebagai pengajaran kepada semua agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata. -CARI |
39
Bagus |
30
Marah |
12
Terkejut |
26
Sedih |
29
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
brownstone replied at 6-4-2017 12:57 PM
Serve them right...i don't like Najib Razak either..tapi Singapore byk pulak masa nak sibuk hal ruma ...
ADVERTISEMENT