CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemaskini] Kes Wanita Tua Dilanggar Lari, Suspek Telah Ditahan Polis

7-4-2017 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 18033| Komen: 167

Kemaskini: 12.30pm
Kes Wanita Tua Dilanggar Lari, Suspek Telah Ditahan Pihak Polis

Kes wanita tua dilanggar lari yang berlaku di Pulau Tikus, Pulau Pinang kelmarin, suspek yang terlibat telah ditahan oleh pihak polis pagi tadi.

Tangkapan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash. 

Menurut Mior, hasil maklumat yang diterima, polis berjaya menahan suspek di Hospital Besar Pulau Pinang ketika sedang menjalani rawatan kecederaan yang dialaminya akbiat rempuhan yang berlaku semalam.- CARI

sumber foto: Facebook




Kemaskini : 10 pagi 
Mangsa Langgar Lari Dibiar Mati, Identiti Suspek Dikenalpasti & Sedang Dijejaki Polis


Seorang wanita berusia 58 tahun yang dirempuh sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Burmah, George Town disahkan meninggal di Hospital Pulau Pinang pada jam 8.45 malam kelmarin.

Terdahulu, mangsa Foo Swee Wah cedera parah di kepala dan patah kaki selepas dirempuh pada jam 1.24 petang hari sama.

Memetik laporan akhbar Oriental Daily News, kejadian tersebut sempat dirakam seorang individu menerusi kamera litar tertutup,CCTV yang dipasang pada keretanya dan kini tersebar meluas di media sosial setelah dimuat naik oleh individu terbabit. 

Paparan video jelas kelihatan penunggang motosikal yang tidak berperikemanusiaan itu, melarikan diri tanpa mempedulikan wanita tua yang dilanggarnya terlantar di jalan raya dengan berlumuran darah dibahagian kepalanya. 



Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash berkata pihaknya telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal terbabit dan sedang menjejakinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- CARI


Loading FB Post...









12

Bagus
18

Marah
21

Terkejut
21

Sedih
25

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 6-4-2017 10:02 PM
Jilaker betul la...:

Takziah buat keluarga aunty nih...
Quote ~boolean 6-4-2017 10:03 PM
Lahanat::
Langsung tak rasa bersalah.

jangan lah ada yang backing lahanat ni...ini terang-terangan salah ::
Quote GegarVaganja 6-4-2017 10:04 PM
Apa punya s**l la rider motor tu
Quote ChildrenOfBodom 6-4-2017 10:04 PM
muka pon mmg macam penyangak
Quote FOTHER-MUCKER 6-4-2017 10:09 PM
Ramai sangat yang langgar lampu merah termasuk juga yang hantar dan ambil anak sekolah dengan motosikal selamba je tak berhenti di lampu merah dah la tak pakaikan topi keledar...bila dah besar macam tu lah jadinya tak boleh ikut undang undang.
Quote CrowneGlory 6-4-2017 10:13 PM
Amboi terpampang segala maklumat..babis2 betina yg lawan arus dgn langgar bdk 8 org xde pulak maklumat penuh mcm ni..
Quote WhiskeyScotch 6-4-2017 10:14 PM
Terpempan I tengok video tu sekejap.

Jahat gilaaa yang bawa motor tu. Sumpah jahat.
Quote sebu1 6-4-2017 10:18 PM
Ya Allah sakit hati tengok. Jilake betul jantan tu:
Quote scorpionkiki 6-4-2017 10:19 PM
CrowneGlory replied at 6-4-2017 10:13 PM
Amboi terpampang segala maklumat..babis2 betina yg lawan arus dgn langgar bdk 8 org xde pulak maklum ...

Video ada tak? Kalau ada blh kita bincangkan. Kes ni ada video dr kereta lain...
Quote znorm 6-4-2017 10:19 PM
Edited by znorm at 6-4-2017 10:21 PM

Takziah kepada keluarga aunty. Semoga pesalah segera ditangkap dan digantung sampai mati.
Quote paz 6-4-2017 10:21 PM
Padan muka akibat tak ikut peraturan. Merasalah masuk jel pasni.
Quote shernazz 6-4-2017 10:21 PM
mcm.patung twrcampak ..
sialan btol
Quote ronapink 6-4-2017 10:27 PM
xberani click video
Quote EvieWanKenobi 6-4-2017 10:29 PM
mohon hukuman maksimum..
Quote wanawina 6-4-2017 10:30 PM
salah satu paling aku takut adalah rider motosikal.

hari tu aku nyaris nak langgar sorang rider moto mcm nila. dia langgar lampu merah. kereta aku kat depan sekali masa tu.

nasib baik aku tak pecut terus. aku rasa arwah dah orang tu.
Quote sukacactus 6-4-2017 10:31 PM
Boleh elok laju je motor dia lepas langgar org
Mkn dadah ke apa ni
Quote aHoi83 6-4-2017 10:36 PM
Tak jatuh plak motor dia melanggar auntie tu. Dh la trafic light merah, laju plak tu
Quote juliez 6-4-2017 10:37 PM
WhiskeyScotch replied at 6-4-2017 10:14 PM
Terpempan I tengok video tu sekejap.

Jahat gilaaa yang bawa motor tu. Sumpah j ...




Dah sampai ajal nyonya tu. Redha je la
Quote WhiskeyScotch 6-4-2017 10:39 PM
juliez replied at 6-4-2017 02:37 PM
Dah sampai ajal nyonya tu. Redha je la

I rasa I faham apa yang 'sebenar' you cuba untuk sampaikan.

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051544 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top