CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pesakit Hilang Sabar, Dakwa Petugas Klinik Kesihatan Lembab Buat Kerja

7-4-2017 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20921| Komen: 135|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Berang kerana menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan, seorang pesakit lelaki mula hilang sabar dan bertindak merakam aksi petugas klinik yang sedang bekerja.

Menerusi video berdurasi 3 minit 55 saat itu, petugas klinik tersebut diminta oleh pesakit itu untuk memberi penjelasan tentang kelewatan dan perkhidmatan yang dianggap lembab.

"Mai pukul 2 tadi, sampai la (sekarang) pun tak ada apa lagi. Depa ni dok dalam ni buat keraih aih.. Dari pukul 2, sekarang dah dekat 2.30. Dari sorang tunggu la  (sekarang)  dah ramai ni.." 

"Daripada tadi tak ada apa langsung, doktor pi mana tak tau" 


"Sempoi.. kata klinik cemerlang, tapi tak dak siapa" kata lelaki tersebut.

Akhirnya selepas hampir satu jam menunggu, barulah pegawai perubatan muncul. Sekali lagi pesakit tersebut cuba meminta penjelasan dari pegawai perubatan itu namun tiada jawapan yang diberikan.

Loading FB Video...

Rakaman video yang dimuat naik oleh VideoViral Malaysia ini telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ramai menyokong tindakan lelaki tersebut namun tak kurang juga yang tidak bersetuju.



Segelintir netizen yang lain pula mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia menyiasat dakwaan lelaki dalam video tersebut. 

Bagaimanapun, mungkin tidak adil jika kita hanya mendengar dakwaan dari sebelah pihak sahaja. Diharapkan pihak klinik terbabit akan tampil memberi penjelasan sebenar mengenai dakwaan lelaki ini.

Pernahkah anda berdepan dengan situasi yang sama seperti lelaki ini? Jika pernah, jom kongsikan pengalaman anda. - CARI


7

Bagus
18

Marah
18

Terkejut
2

Sedih
13

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote susukambingbest 7-4-2017 04:05 PM
Overnya kau tggu xsmpai stngah jam trus rkam video org. Aku pnah tggu smpai 2 jam xde sbuk nk mgaibkn org mcm tu. Prnhai cam giler, jnis baran xtau malu. Nk cepat kau g private je la pkcik. Mmg kdg2 mnyakitkn hati je bla staf kshatan yg buat2 lmbab, tp xperlu la kau nk aibkn org. Kdg bkn slh dia sorang, dia buat keje dia, keje org lain yg lmbat kau nk babitkn/viralkn org kt depan je mmg xpatut la. Dh doc tu lmbt, kau mrh je la doc tu. Prngai cm bongok
Quote idakamaruddin 7-4-2017 04:11 PM
aku dh set dlm otak kalau g KK/GH msti paling awal suku hari - 7.20-12.30 (jangkaan pkl  12.30 br settle) or tak kalau drag mmg smpai ke pkl 4.30 ptg la..

so kalau ada appointment ngn pakar ke mmg aku kene amik cuti sehari...

bila kita dh set mcmni xde la nk moyan ke apa..paham2 la mmg ramai org... keluar awal pn beratur nk amik no pn ujung2 jugak dpt jupe doc

Quote missinpiece 7-4-2017 04:13 PM
Bosan dok viral2 nih. Pnah g klinik kesihatan, time test darah kena tunggu smpai 2 jam. Aman je me tercongok x belek phone x belek novel (ne pon pelik ngan tahap kesabaran di kala itu ).
Nak wat camne mmg raaaamai giler walau luaran nampak sorg dua je menunggu. Amik ubat x smpai 10 minit . Nurse tu sarap pon x smpat jam dah hampir 12 lebih xde pulak yg rajin nk tolong tular tapaukan kuih ke
Huhu tapi kadang kalau time servis lambat kat mana2 datang pulak idea bengong nak tolong cepatkan servis siput itew
Quote missinpiece 7-4-2017 04:18 PM
Oww tapi kalau servis lambat pastu kuang hajaq pulak ngan me memang tukar jadik hijau la. Kita elok2 cuba memahami dah terlari niat melempang selaju2 yg boleh
Quote EncikRhoma 7-4-2017 04:18 PM
ingatkan tunggu sampai separuh hari. Baru setengah jam tunggu dah meroyan
Quote kentel 7-4-2017 04:19 PM
alahai sedihnya mentaliti rakyat msia ni....
Quote cmf_Kimmy 7-4-2017 04:26 PM
Baru gi klinik, tunggu setengah jam dah tak sabar...belum lagi ujian Allah.
Quote elnor_81 7-4-2017 04:28 PM
Alahai...bru stgh jam.ntah2 mse rht  terlajak smpi kul 1.30 ke.pastu bru dorg nk g mkn ke solat ke.lek aa...aku biasa check up kul 2..mmg lme.kul 4.30 bru setel.
Quote annabellaruz2 7-4-2017 04:29 PM
30 mnt??? sekejap jer tu..
biasa kena smpai 2 jam wlupun wad kecemasan..huhu
nak khidmat cemerlang, g klinik swasta bang oii..
pastu jangan komplen bayar mahal plak yer..
Quote miemiecha 7-4-2017 04:35 PM
mek suka je g kinik.. g awal siap lmbat, mek mintak timeslip.. hahahahhaha
Quote Thuglife 7-4-2017 04:35 PM
kecoh..abru tggu stgh jam.. doc dan pegawai yang bertugas kej adr pg.. aku penah kene skali.. ms mengandung anak ke 2.. check up kol 2pm.. tau kol brapa aku siap?dekat kol 5..dpd org ramai2.. cuma tgl brapa org jer..tu pun ibu2 yg tggu jmpa doc. tp  aku xdela rakam apa semua wpuan ms tu aku dh marah..membebel kat laki aku.. lps doc siap check rupa nya dorng silap letak kad aku kt bilik doc.. sepatutnya x payah jmpa doc pun..check up biasa je.otw balek, nurse kat KKIA tu call mntk maaf sbb silap letak kad..
Quote alieyrina 7-4-2017 04:43 PM
Memang pun..kwn aku pun penah laki dia ngamuk kt knik kesihatan jugak..
Quote leylapple 7-4-2017 04:45 PM
kalau nak guna khidmat kerajaan, kena letak dlm mindset atleast tunggu 2jam...

kira nasib la kalau dpt yang cepat
Quote mokcikKSKB 7-4-2017 04:47 PM
idakamaruddin replied at 7-4-2017 04:11 PM
aku dh set dlm otak kalau g KK/GH msti paling awal suku hari - 7.20-12.30 (jangkaan pkl  12.30 br se ...

Bagus kau dh set dlm mind awl2..

Pi klinik biasa pon lebih stgh jam tunggu..mmg akak ni tahap kebodowan dia tanpa batasang
Quote idakamaruddin 7-4-2017 04:51 PM
mokcikKSKB replied at 7-4-2017 04:47 PM
Bagus kau dh set dlm mind awl2..

Pi klinik biasa pon lebih stgh jam tunggu..mmg akak ni tahap k ...

iye...pastu plak aku ni ada masalah masa pregnant so mmg kene g GH jugak walaupun check up kt private.. nk x nk mmg kene la bertabah n sabar je menunggu turn kt GH tu.. n kalau g check up KK aku suka g sesi ptg..cpt sikit compare waktu pagi



Quote Victorioussss 7-4-2017 04:52 PM
CARI-HBZ replied at 7-4-2017 03:46 PM
Berang kerana menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan, seorang pesakit lelaki mula hilan ...

Aku sokong mamat ni.

Klinik tak jalan sebab dokto takdak.
Dokto takdak sebab banyak buat locum terkejar2 klinik ke klinik swasta.
Majoriti lak dokto muda perasan cerdik pandai tapi buat diagnos ikut try an error dan teori andaian dari simptom2. Pesakit ni lab rat jek

Ohh berlagak..ade tu rasa macam dia tau segalanya, kata2 macam dia tuhan tau.

Masuk lambat sama ada locum, atau pergi dating dgn awek lama2 waktu lunch. Kau igt kau je ada masa orang lain tak?

Faktap la dokto2 baru camni. Blaja spm menoyol, medic pakai toyol (ekceli exam medic keluar ape yang belaja, sekali exam tu jek..lepatu tak klua dh tajuk tu) tajaan jpa, buat kerja macam tahi.

Oh..i pernah stumble dokto muda google simptom ntuk tau list2 penyakit    kalau nak google, aku pon boleh
Quote idakamaruddin 7-4-2017 04:53 PM
leylapple replied at 7-4-2017 04:45 PM
kalau nak guna khidmat kerajaan, kena letak dlm mindset atleast tunggu 2jam...

kira nasib la kala ...

xde yg cpt la kaka..even dh dpt no..nk tggu nurse tu pggl pn dkt sejam... dorang nk cari fail buka buku pn dh berejam



hr tu ms ada appointment kt GH ada la sepasang laki bini yindian, laki dia ngamuk bising2 sbb lambat.. iols sian tgk kt staff nurse tu..elok je dia jwb... xlayan sgt amarah kapel tu yindia tu

agaknye nurse tu pn dh biasa dh kene marah... dh tebal dh telinga gamaknye kene maki


Quote Victorioussss 7-4-2017 04:55 PM
Thuglife replied at 7-4-2017 04:35 PM
kecoh..abru tggu stgh jam.. doc dan pegawai yang bertugas kej adr pg.. aku penah kene skali.. ms men ...

Semua pekerja keje dari pagi kot.. jadah hape rehat dah habis tak masuk lagi. I pernah kat hosp gov.. 6 jam tunggu okeh kat klinik pesakit luar. Masuk bilik rawatan, doktor ade 5. Bilik bukak 1 je!

Lagi 4 dok menyembang sesama dorang dan nurse join sekali sembang kat belakang, aku dengar aku nampak aku sound terus.

Babi
Quote mokcikKSKB 7-4-2017 04:55 PM
idakamaruddin replied at 7-4-2017 04:51 PM
iye...pastu plak aku ni ada masalah masa pregnant so mmg kene g GH jugak walaupun check up kt priv ...

Aku masa peknen mmg kena pi kkia pon sbb lebih detail checkupnya.cumanya laki ku dh jeling2 ler sbb lama bebenor..biasa aku mai kol 9 by 12 baru siap semua.bergantung gak ngan checkup apa.kalau buat scan yg lama tu sbb queue panjang. Fuhh..those were the days.
Kaki komplen ni xtau kot pi jumpa doc mmg lama nk nak pi jumpa doc pakar kalau x habis separuh hari mmg x sah walau dtg awal.swasta ke gomen sama je. Mcm x bleh nk sabar

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.064946 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top