Musim bunga adalah waktu paling ditunggu-tunggu setiap pelancong yang mahu mengunjungi negara matahari terbit, Jepun. Musim ini bukan sahaja menarik pelancong yang mahu melihat keindahan bunga sakura, malah pengunjung takkan lepaskan peluang mengunjungi festival bunga wisteria (Great Wisteria Festival) yang diadakan setiap tahun.
Dua jam perjalanan menaiki kereta api dari Stesen Tokyo, Taman Bunga Ashikaga di daerah Tochigi akan menjadi tuan rumah bagi festival berkenaan. Memetik BoredPanda, sebanyak 350 jenis pokok wisteria berwarna-warni yang memukau pandangan akan memenuhi taman terbabit. Macam dalam alam fantasi!
Pengunjung berpeluang berkunjung ke terowong sepanjang 80 meter, dilitupi bunga wisteria putih yang menjuntai ke bawah seperti kanopi. Pemandangan indah itu sudah pasti akan memukau sesiapa sahaja! Great Wisteria Festival of 2017 akan berlangsung pada 15 April dan berakhir lewat penghujung bulan Mei 2017. Bunga wisteria adalah sejenis tanaman berbunga yang berkacang seperti Fabaceae. Memiliki pelbagai warna seperti putih, ungu dan merah jambu, bunga ini tumbuh menjuntai ke bawah, memberikan satu pemandangan indah dengan harumannya tersendiri. Terdahulu, CNN mencatatkan Taman Bunga Ashikaga sebagai 'destinasi impian' pada 2014 di mana penulis pelancongannya menyatakan pokok wisteria terbabit kelihatan hampir menyerupai 'Tree of Souls' dalam filem Avatar. Serius pemandangan pokok wisteria berjuntai-juntai itu memang sangat indah dan mengagumkan. Pasti ramai terpukau dengan keindahan ciptaan Tuhan ini. - CARI
|
12
Bagus |
22
Marah |
34
Terkejut |
12
Sedih |
19
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT