CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menular! Kebanjiran Backpackers Mat Saleh Jadi Pengemis Di Malaysia, Singapura

11-4-2017 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 15608| Komen: 101|Original author: Oleh: Adib Za


Jika baru-baru ini, ramai terpegun dengan pujian daripada pelancong mat saleh tentang betapa peramahnya rakyat Malaysia. 


Namun, pendedahan terbaru daripada laman Asiajack ini mungkin membuatkan ramai berasa loya dan menyampah dengan kehadiran sesetengah pelancong asing ke sini.

Laman itu melaporkan seakan menjadi trend yang menular di beberapa buah negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Hong Kong bila didatangi pelancong yang dikenali sebagai 'backpacker' bertindak mengemis di tepi jalan. 

Pun begitu, mereka ini dipanggil sebagai 'beg-packers' kerana tanpa segan silu meminta wang daripada penduduk tempatan yang rata-ratanya terkenal dengan sifat pemurah.


Seorang netizen dari Singapura, Maisarah Abu Samah memuat naik gambar seorang beg-packers ini di laman Twitter, berkata mereka memerlukan duit kerana mengembara tanpa duit mencukupi.

"Saya sedang mengembara ke seluruh Asia tanpa ada duit. Tolong bantu perjalanan saya."

Begitulah gambar mat saleh yang memegang nota meminta tolong daripada warga tempatan. 

Maisarah juga berasa pelik dengan keadaan tersebut kerana situasi meminta derma untuk mengembara atau melancong adalah satu yang asing baginya dan juga masyarakat temaptan. 

"Kami rasa sangat pelik bila seseorang minta duit untuk bantu dia pergi melancong.

"Selalunya mereka yang memerlukan duit untuk membeli makanan, bayar yuran sekolah atau pun membayar hutan," katanya.


Sebelum ini akhbar tempatan turut melaporkan kehadiran pengemis profesional dikenali sebagai Benjamin Holst yang sering berulang alik dari Malaysia, Thailand dan beberapa buah negara lain untuk mengemis. 

Dia kemudiannya dilaporkan memuat naik perkembangan terkini di Facebook dengan aktiviti mewahnya seperti menginap di hotel, minum di bar dan juga melanggan pelacur. Sehabisnya duit, dia akan kembali mengemis di tepi jalan. - CARI 



Foto: Carian internet
22

Bagus
9

Marah
18

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 11-4-2017 06:15 PM
Takde suit kerja lah
Quote Nenasketum 11-4-2017 06:17 PM
Rakyat mesia pemuroh walaupun value RM jatuh lebih 20%. Tapi kalau negeri depa ni memang berat bagi duit kat pengemis. Kita sini bagi singgit, dorang sana bagi change yang paling kecik. Bila nak kaya camtu
Quote TuntungReturn 11-4-2017 06:43 PM
kena belajar ngn orang malaysia pi melancong.kt fb selalu tulis " bagaimana sy melancong ke eropah dengan kos rm200". ade percaya lak tu.
Quote ChildrenOfBodom 11-4-2017 06:48 PM
tak malu ka nyah mai dari negara maju mengemis kt negara2 membangun? White trash!
Quote slavehunter 11-4-2017 06:55 PM
Orang malaysia pun melancong kat negara dorang sanggup.ikat perut...masak sendiri....makan roti jer.....dia plak sesenang jer  begging. Masa aku gi Volcano kat Bromo ada satu couple mat saleh nak tumpang van kitorang....eh sah2 seat penuh kan tak dapat la....dalam otak aku eh tak stress ker nak pikir transportation bila back pack macam ni? If awal2 xde duit baik duduk rumah jer drp menyusahkan orang lain .....itu mentality kita . Yang couple.ni tak takut ker if kitorang ni serial killer ker macam kat US tu.....
Quote mirandanicky1 11-4-2017 07:04 PM
Ehh sukati je sape suh ko dtg melancong dah tau tk mampu..duklah diam2 negara ko
Quote tripleid 11-4-2017 07:05 PM
Edited by tripleid at 11-4-2017 07:40 PM

ok je dgn mat saleh merempat mintak sedekah ni..kehadiran dorg mbuatkan kl nmpak lbih aura global city dan metropilitan .so xde la kl ni penuh dgn muka hauk bangla,indon myanmar jah.haa gituhh
Quote lasagnaklcc 11-4-2017 07:10 PM
My friend ada bukak cafe area jonker walk melaka, yg dtg mkn cafe dia byk backpackers sengkek je. Selalu mintak mkn free.
Quote CiliPadiSedap 11-4-2017 07:17 PM
Dulu dtg menjajah moyang tanah melayu sekarang dtg mengemis... kak offer kokesen nak jadi bibik rumah homestay kaka.. sejam rm 13.. syarat nya mesti org putih pure bukan bangsa nigga..education boleh cakap english cukup.. bila lagi kita nak menjajah kokesen? ni lah peluang yang ada..
Quote doubleA 11-4-2017 07:49 PM
Amboi beli tiket flight mampu pulak? Sengaja tak bawak duit poket? Duduk diam2 kat rumah sudah
Quote fox. 11-4-2017 07:52 PM
Mana dia acik2 penjilat kokusen.pergilah bantu mereka.mereka kan ummah sanjungan kamu
Quote airfilterkotor 11-4-2017 08:01 PM
Beachboy ada, boleh tolong payungkan pe...
Quote becir 11-4-2017 08:10 PM
lasagnaklcc replied at 11-4-2017 07:10 PM
My friend ada bukak cafe area jonker walk melaka, yg dtg mkn cafe dia byk backpackers sengkek je. Se ...

Kawan u Kasi x?
Quote merrissa 11-4-2017 08:12 PM
tripleid replied at 11-4-2017 07:05 PM
ok je dgn mat saleh merempat mintak sedekah ni..kehadiran dorg mbuatkan kl nmpak lbih aura global ci ...

kenapa aku macam sokong ko je....hehehhee
Quote merrissa 11-4-2017 08:17 PM
doubleA replied at 11-4-2017 07:49 PM
Amboi beli tiket flight mampu pulak? Sengaja tak bawak duit poket? Duduk diam2 kat rumah sudah

mana tau dia jalan kaki dari us....berenang2 di lautan pacific...kehkehkeh...kejung mcm jack
Quote pulauturtle 11-4-2017 08:19 PM
sekarang mat salleh dah miskin, time for asian jadi kaya
Quote akusukaq 11-4-2017 08:27 PM
duit ada tapi tak sanggup nak belanja. lagi untung kalu ada yg nak derma. lagi banyak negara dorang boleh teroka.
Quote aleesyasofia 11-4-2017 08:32 PM
rmai jer yg mntk duit2 nie kan.. yg mntk tumpang2 pon byk jgk.. xde duit xyah la travel.. kalo kita prgi sana mcm la diorg nk tlg..
Quote RatuDunia94 11-4-2017 08:48 PM
Patut mat salleh yg comel2 tu buat je banner besar2.. "kami menyediakan perkhidmatan memperbaiki keturunan" pastu caj la RM1000 utk setitik sperma.. Untong woo..

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.107683 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top