Gara-gara tidak memakai tudung ketika berteduh di dalam masjid dari hujan lebat dan guruh petir sabung-menyabung, seorang wanita bersama ibu bapanya dihalau keluar dari masjid berkenaan.
Dalam kejadian yang berlaku di masjid Hospital Besar Kuala Lumpur, Lisza Laressa bersama ibu bapanya didatangi seorang lelaki yang mengherdik sambil menghalau mereka dari situ. "Ni masjid kan? Kau tu tak pakai tudung, tolong hormat masjid. Kau boleh keluar sekarang!" tengkingnya. Mereka memutuskan untuk beredar selepas ibunya selesai makan, namun lelaki berkenaan kembali membuat kecoh.
"Kan aku dah kata kan? Ni masjid kan? Kau ni tak hormat masjid ke?!" tengkingnya lagi. Menerusi video berdurasi 15 saat itu, lelaki berkenaan mendakwa dirinya seorang polis bantuan di kawasan terbabit. Persengketaan itu terpaksa dileraikan beberapa orang yang enggan perkara itu berlarutan dan tiga beranak terbabit terpaksa pergi dari masjid meredah hujan lebat. Loading FB Post... Perkongsian itu mencetuskan reaksi berbeza daripada netizen. "Dok dengaq sebelah pihak je. Kalau kita salah komen nanti kita pula yang dapat dosa," komen netizen. Dalam masa keluarga itu dibela atas perlakuan polis bantuan berkenaan, tak kurang juga yang menyokong tindakannya itu. Berdasarkan situasi ini, keduanya-duanya bersalah. Baik yang tidak bertudung, mahupun yang mengherdik mereka. Semua masalah ada penyelesaiannya, selesaikanlah dengan cara baik, apatah lagi dengan orang lebih tua. Tak begitu? - CARI
|
23
Bagus |
22
Marah |
22
Terkejut |
15
Sedih |
19
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT