CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terima Kasih McD Beri Peluang Kepada Anak Syurga Ini!

13-4-2017 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10763| Komen: 45|Original author: Oleh: Adib Za


"McD, anda terbaik!"

Itulah yang diucapkan oleh seorang netizen bernama Syed Azmi yang memuji tindakan dan keputusan yang dibuat oleh restoran makanan segera itu. 


Apa yang dilakukan oleh Mcdonald's sehingga membuatkan netizen ini bukan sahaja teruja malah tersentuh? Pasti ada cerita di sebaliknya. 

"Ini Mior Azib Mior Kamarulbaid. Dia berumur 23 tahun. Hari ini merupakan hari pertamanya bekerja di Mcdonald's Bandar Tun Hussein Onn."


Syed Azmi memperkenalkan individu dalam gambar yang dimuatnaik ke dalam Facebooknya. Katanya, dia bercakap dengan Mior Azlan, abang kepada Mior Azib (gambar) yang begitu berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada adiknya. 


""Terima Kasih Mcd bagi peluang adik saya kerja, walaupun adik saya ini Sindrom Down serba kurang, sekurang- kurangnya Mcd beri peluang untuk anak - anak syurga mcm Azib urus diri, saya tak kisah pasal gaji yang penting Azib boleh bantu diri dia untuk teruskan kehidupan seperti orang lain. Terima Kasih Mcd Semoga Allah bagi ganjaran atas niat murni bantu Anak-Anak Syurga .

"Saya harap syarikat -syarikat diluar sana yang berkemampuan berilah peluang kepada Anak- Anak syurga ni mereka bukan orang biasa tetapi mereka ni luar biasa nikmat Yang Allah beri pada mereka kita boleh kongsi untuk Saham Akhirat," katanya. 


Para netizen turut memberikan sokongan dan juga berkongsi pengalaman berkunjung ke restoran lain yang turut memberikan peluang kepada golongan OKU. 

"Di Kuching Sarawak, ada satu restauran KFC tu kita panggil KFC Bisu. Sebab kebanyakan staff dia orang OKU jenis bisu. Bila nak order tu, kite main tunjuk tunjuk je la. Tapi lama dah tak gi sana."

Bukan itu sahaja, laman Facebook rasmi Mcdonald's Malaysia turut terkesan dengan perkongsian daripada Syed Azmi ini. Buat masa ini, hampir 700 'share' daripada netizen berhubungan status yang ini. Hebat, kan!



Penulis bersetuju dengan Syed Azmi bila dia berkata, "Bagi saya dia (Mior Azib) merupakan simbol kepada pengharapan." - CARI
3

Bagus
5

Marah
13

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 13-4-2017 11:20 AM
yg komen psl boikot mcd tu... ok nk tanya barang ape kat rumah uols xde dari yahudi tu??  tlg jgn campur sentimen lain. kite puji mekdi sb dia x ksiah nk ambik staff yg ade kelainan upaya mcm kite yg sempurna ni.
Quote siputsedut 13-4-2017 11:29 AM
Ada satu novel omputih aku baca psl anak down syndrome..anak dia boleh je kerja tp kena buat kerja yg repetitive..cth dlm buku tu anak dia kerja bahagian binding buku...mmg itu je yang dia buat..kalau nk tukar rutin boleh..tp train lama sikit ..lama2 mmg diorang boleh buat..kiranya anak2 down syndrome ni boleh..cuma perlu latihan khusus...betul ke mcm tu?
Quote alieyrina 13-4-2017 11:46 AM
Good job ..win win situation
Quote vanillaninja 13-4-2017 11:59 AM
I tak pernah boikot McD
Quote krustykrab 13-4-2017 12:08 PM
tesco ampang pun ada jugk...pernah la aku cuit sorg staff ni nak tanya something, tetiba dia tku kad die....aku pun ...oooo ok, sorii..

Quote Madel 13-4-2017 12:23 PM
Syed Azmi ni baru keluar gua or tak pernah makan kat fastfood selain mcD...tu Marrybrown berlambak pekerja oku depa amik
Quote pearl.silver 13-4-2017 12:33 PM
Few years back, mcd sungai petani ada staff pekak bisu..buat kerja bersih2 meja, refill sos.

Masa awal2 buka aeon big alor setar, ada sorang cashier die, i xsure autism ke ape ke, harga kita beli katakn rm28.20 kita bagi rm30.20 sbb kita taknak balance syiling.tapi dia taknak sen tu..dia amik rm30 tu je dan return syiling kat kita..
Dah bertambah syiling dalam dompet
Quote kentel 13-4-2017 01:20 PM
KFC sentul kan KFC utk staff OKU jugak.....well done kfc
Quote kentel 13-4-2017 01:21 PM
pearl.silver replied at 13-4-2017 12:33 PM
Few years back, mcd sungai petani ada staff pekak bisu..buat kerja bersih2 meja, refill sos.

Masa ...

takpela...dia ikut apa yang dia faham...jgn bagi dia confused sudah la...mau tantrum dia nnt
Quote pearl.silver 13-4-2017 01:24 PM
kentel replied at 13-4-2017 01:21 PM
takpela...dia ikut apa yang dia faham...jgn bagi dia confused sudah la...mau tantrum dia nnt :swea ...

Mula2 tak perasan pun dia istimewa..tp scan barang satu2 slow2, pastu mmg amik duit kertas saja..baru perasan la dia istimewa..
Quote kentel 13-4-2017 01:42 PM
pearl.silver replied at 13-4-2017 01:24 PM
Mula2 tak perasan pun dia istimewa..tp scan barang satu2 slow2, pastu mmg amik duit kertas saja..b ...

teringat anak zarina tantrum tetiba

[youtube]bDjKvatvbnk[/youtube]
Quote paz 13-4-2017 02:55 PM
syabas McD!
Quote imransulaiman 13-4-2017 02:55 PM
KFC dah lama ambil golongan istimewa ni jadi pekerja. Siap satu kedai tu memang dorang semua pekerja
Quote Artemesiaa 13-4-2017 03:01 PM
Bukan benda baru dah banyak restaurant makanan segera cam ni ambik golongan oku untuk berkerja sebelum ni apa pun syabas buat mereka
Quote CrowneGlory 13-4-2017 03:12 PM
'I am Sam' sgt khennn... berpusu2 la warga sekitar dtg McD kebangga penduduk setempat...btw apa cerita cafe kucing sebelah McD ni yg kekonon kena black magic tu...
Quote cheergirlz 13-4-2017 03:32 PM
rsanyer sblom nie pon mmg mcd dah hire pkrja y kurg upaya..mmg sgt mbntu mrk..dan kja y diberikan pon x berat..ok laa..sgt bgs
Quote DeeHanania 13-4-2017 03:47 PM
Edited by DeeHanania at 13-4-2017 03:48 PM
kentel replied at 13-4-2017 01:20 PM
KFC sentul kan KFC utk staff OKU jugak.....well done kfc


Btol tu, kentel
Suka g KFC area Sentul,sbb pkeja2 OKU so istimewa mesra,anak2 pun suka g sna
Good job,well done McD
Quote WhiskeyScotch 13-4-2017 04:27 PM
kentel replied at 13-4-2017 05:42 AM
teringat anak zarina tantrum tetiba

I bila tgk video anak zarina tantrum terus mood I berubah. Mood I berubah jadi kesian, sedih, takut, tak sampai hati, tertanya-tanya dan etc. At last, I kagum sangat dgn ketabahan Zarina besarkan anak-anak dia. Bukan sorg yang sakit tapi dua.
Quote WhiskeyScotch 13-4-2017 04:29 PM
chinta89 replied at 13-4-2017 03:20 AM
yg komen psl boikot mcd tu... ok nk tanya barang ape kat rumah uols xde dari yahudi tu??  tlg jgn ca ...

Well said. And I tak pernah boikot McD sebab yang banyak kerja dalam McD tu pun rakyat kita juga. Kalau kita boikot depa nak kerja apa? Zaman skrg bukan sng nak cari kerja.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.063898 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top