CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Masjid Kena Minta Kebenaran Untuk Laungkan Azan - Aktivis Islam Liberal

14-4-2017 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8636| Komen: 74|Original author: Oleh: Maly Rosli

"Masjid atau surau yang patut perlukan kebenaran penduduk pada jarak 50 meter dari kawasan perumahan sebab melaungkan azan 5 kali sehari."

Pasti umat Islam lain sedih dan kecewa apabila ada anak Melayu yang juga beragama Islam melontarkan syarat untuk laungan azan tersebut.

Menerusi akaun Twitter @ladymissazira, Azira Aziz yang juga seorang aktivis bebas memberi pandangan supaya mana-mana masjid atau surau yang berada dalam lingkungan jarak 50 meter dari kawasan perumahan sepatutnya mendapatkan kebenaran penduduk kerana melaungkan azan lima kali sehari.

Bukan itu sahaja, malah aktivis bebas ini dipercayai turut mempertikaikan keadaan trafik pada hari Jumaat iaitu ketika umat Islam berpusu-pusu menunaikan kewajipan mereka.


Foto: Twitter Azira Aziz


Pandangan wanita itu adalah susulan Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula kepada Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor berhubung syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

Sedar diri menerima kecaman ramai, Azira, bagaimanapun membuat kenyataan balas dengan mengajukan beberapa soalan untuk menjelaskan tindakannya yang hanya bermaksud sebagai tindakan menyindir.


Foto: FB Azira Aziz

Netizen pula bagaimanapun menganggap soalan diajukan Azira adalah tidak berasa kerana membandingkan isu di Malaysia dengan negara bukan Islam.

"Kau bandingkan dengan negara bukan Islam kenapa? Jangan memperkecilkan agama sendiri la," komen netizen.




Pendapat aktivis bebas itu dikecam keras netizen yang menyifatkannya sebagai seorang Islam liberal.


Foto: Foto: Twitter Azira Aziz

Foto: FB

Kemunculan kumpulan aktivis bebas di negara kita semakin lama semakin mengelirukan masyarakat dengan pendapat mereka yang berada 'di luar kotak' dan perkara ini sangat membimbangkan. Apa pendapat anda? - CARI
19

Bagus
24

Marah
12

Terkejut
21

Sedih
17

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 14-4-2017 10:41 AM
isu agama mmg sgt sensitif..sblom bg pndpat perlu kita selidiki terlebih dulu sesuatu maklumat atau isu tersebut...pandangan mmg berbeza2 tetapi tidak bole bercanggah dgn apa yang telah ditetapkan dlm agama..
Quote kentel 14-4-2017 10:51 AM
jgn compare negara yang majority moslem dgn negara minority moslem ler... bongok mcm laba...
Quote Nenasketum 14-4-2017 10:57 AM
Acah2 nak berhujah dengan bernas tapi macam tak kena pulak gayanya. Ko pi duk tepi gereja ke, kuil ke, nanti depa nak tarik/bunyik loceng suruhlah depa sembah ratu kat kaki ko mintak izin. Siti Zabedah Kassim jr wannabe. Blondekan ghambot ko dulu la dek
Quote dodolgemok 14-4-2017 11:00 AM
Bodoh jugak kau ye. Dah tau ummah majoriti di tanah air, kau nak provoke sebegitu mm cash lah!
Quote dess402 14-4-2017 11:00 AM



aku rasa ada logiknya ..  pasai kalau dikawasan pekan2 ..   bandar2 ..

yg majoriti non muslim ..   tiada keperluan kott .   kalo nak pun setakat azan tu

mungkin perlu dipertimbang laa ..   pun janganlah terlalu kuat dan bingit sgt .

ini soal privasi .  ini biasanya ..  bukan kadang2 lagi dah ..  dgn surah panjang2

semua dengan loud speaker .  ini bukan yg rasuallah saw tunjuk .


-  tapi resminya ..  kita ni macam buta kayu .


Quote p.timur3831 14-4-2017 11:00 AM
Dunia akhir zaman..
rakyat beragama Islam semakin berpecah belah.
adakah kita sedar kiamat semakin dekat?
adakah kita makin meningkatkan pahala?
adakah kita semakin mengurangkan dosa?

Allahuakhbar3x
Quote the_killer 14-4-2017 11:01 AM
bodoh...tak nye logik.....
Quote dess402 14-4-2017 11:02 AM



aku rasa dlm Islam ini tidak ada yg cacat cela .

semuanya bertujuan membawa rahmat .

tapi bebal jugakk org kita .



Quote xy_daen 14-4-2017 11:02 AM
Azan...loceng kuil...loceng gereja...semua sedap jah di telinga aku...tadak nak rasa sakit hati tak memasal...
Quote dess402 14-4-2017 11:04 AM
p.timur3831 replied at 14-4-2017 11:00 AM
Dunia akhir zaman..
rakyat beragama Islam semakin berpecah belah.
adakah kita sedar kiamat semakin ...




belajaq laa sunnah ..  hayati tasauf .

jangan semacam syiah .  hukum2 tuhan pun

depa boleh bawak persenda .
Quote ~boolean 14-4-2017 11:08 AM
aku rasa "aktivis" pun dah macam trending seperti mana trendingnya jam kalori, main gym dan lain-lain.

Buat kebajikan sikit...aktivis.
Lontar idea-idea sikit....aktivis.
Up 2-3 event, selalunya event yang tak berapa mainstream...aktivis
sokong mana-mana golongan...aktivis.

kemudian tulis di bio twitter, facebook dan lain-lain "AKTIVIS"

arwah opah aku, selama hidupnya sampai hujung usia dia 77 tahun, hidupnya membantu orang saja.
Hartanya dihabiskan untuk aktiviti masjid, binatang, bantuan sekolah untuk murid2 susah dan bantuan ibu tunggal.
Tapi tak pernah pula aku dengar opah aku gelarkan dirinya aktivis.
Dan tak pernah pula opah aku gila perhatian dengan up kan status batak like atau posting2 yang konon 'ilmiah'.
Tenang2 saja dia buat aktiviti tanpa perlu jadi attention seeker.
Quote dess402 14-4-2017 11:15 AM



aku rasa korang ni perlu

belajaq agama balik kott .

-  Islam tak mampu tertegak dihujung mata pedang ..

tapi Islam di tegak di mata hati .


ajaibnya Islam ..  kebesarannya Islam kerana

mampu mengubah dunia .  



Quote dess402 14-4-2017 11:16 AM
~boolean replied at 14-4-2017 11:08 AM
aku rasa "aktivis" pun dah macam trending seperti mana trendingnya jam kalori, main gym dan lain-lai ...




kalo nenek ko aktivis pun ..  aku kesah apa  ??

pointnya  ??
Quote batmana 14-4-2017 11:19 AM
benda mudah - tutup aurat - sndiri tk ikut.
dh berlagak cm level ulama fatwa hadis bagai nk  suh buat tu ni.
Quote dess402 14-4-2017 11:21 AM



bagi yg gemar ke batam ..  ramai yg kawen mutaah ..

kawen siap nikah bagai utk hanya tido satu malam .

Islam gak kan ..  tapi memalukan .


-  yg cerita kat aku ni pun geng2 lobai .   
Quote ~boolean 14-4-2017 11:22 AM
dess402 replied at 14-4-2017 11:16 AM
kalo nenek ko aktivis pun ..  aku kesah apa  ??

pointnya  ??

pointnya tak perlulah usung gelaran aktivis ke hulu ke hilir...
nak buat baik, buat aja lah
macam lah aku tak tau pe'el bbnu sekarang asal buat baik sikit terus war-war di socmed
hilang tujuan asal buat kebajikan tu
Quote cocorex 14-4-2017 11:22 AM
Kalo mcm tu agama lain kalo nk bunyik loceng @ bakar colok kena mintak kebenaran dari org sekeliling la sbb mengganggu..bleh?

Kalo agama lain dpt mimpi kena buat kuil kt area tu diaorg buat kecik2 & lama2 jd besar & claim tu tmpat beribadat diaorg..xder pun diaorg nk mintak kebenaran penduduk setempat..so why time azan pulak minah nie nk bising2?
Quote dess402 14-4-2017 11:25 AM
~boolean replied at 14-4-2017 11:22 AM
pointnya tak perlulah usung gelaran aktivis ke hulu ke hilir...
nak buat baik, buat aja lah
maca ...




yelaa ..  mungkin org tanyakan status dia ..


Quote dess402 14-4-2017 11:27 AM
cocorex replied at 14-4-2017 11:22 AM
Kalo mcm tu agama lain kalo nk bunyik loceng @ bakar colok kena mintak kebenaran dari org sekeliling ...




kalo urusan tapak rumah ibadat ..  ini isu pbt .

tapi tak heran pun pasai di tempat i ,  datang sorang

menteri BN tu ..  tiba2 india sini dapat satu lagi kuil kuning mengerlap2 .

padahal yg dah ada area i tu dua ..  sekarang dah jadik 3 .





Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046760 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top