”Dia pun memang pernah cakap yang sayangkan saya, tetapi hanya sebagai kawan. Begitu juga saya, dan kami tahu apa status hubungan kami."
Beberapa kali terpalit kontroversi menjalin hubungan dengan pelakon Azrel Ismail, Ruhainies sekali lagi bertegas mereka hanya berkawan rapat. Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 25, atau lebih mesra disapa Ruhainies mengaku dia selesa berkawan rapat dengan Azrel, tetapi menepis dakwaan sesetengah pihak yang masih mengaitkan dirinya menjalin hubungan istimewa dengan aktor berkenaan. “Buat masa sekarang, jadual saya memang padat sampai nak makan dan tidur pun tak sempat. ”Kalau ada masa lapang, saya akan gunakan masa tersebut bersama keluarga. Jadi, bercinta memang bukan fokus utama dalam diri saya buat masa ini,” katanya kepada Astro Gempak.
Meskipun pelakon manja itu mengaku mereka saling menyayangi, namun hanya sebatas sahabat sahaja. Dah sayang-menyayang macam tu, takkan tiada apa-apa kot. Anda rasa? - CARI
|
ADVERTISEMENT