CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gagal Parkir Kereta, Dua Wanita Bertindak Lucu Dengan Angkat Kereta Ke Dalam Petak

19-4-2017 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7188| Komen: 66

Sudah semestinya kita semua berpengalaman semasa di parkir pusat beli belah melihat pemandu lain khususnya pemandu perempuan lazimnya berdepan dengan kesukaran untuk meletak kenderaan mereka dalam petak parkir yang disediakan.


Tetapi, insiden yang berlaku di bandar Jimo, yang terletak di bandar Shandong di Timur China boleh dikatakan suatu pengalaman yang melucukan buat kedua-dua wanita berkenaan.

Insiden lucu yang berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan percubaan dua orang wanita untuk meletakkan kenderaan dalam kawasan petak parkir sehingga membawa kepada usaha untuk mengangkat kereta tersebut.

Menerusi rakaman berdurasi tujuh minit, seorang wanita dipercayai rakan kepada pemandu dilihat keluar dari kereta dan cuba memberi bantuan kepada pemandu wanita itu bagi membolehkan dia memarkir kereta yang mana di bahagian kiri dan kanan petak parkir kosong itu terdapat dua buah kereta lain.

Wanita itu memberi isyarat kepada pemandu kereta itu seperti mengarahkan pemandu wanita itu membetulkan stering kereta, selain dilihat berkali-kali pemandu itu mengundurkan kenderaannya bagi membetulkan posisi.

Namun, selepas beberapa kali cubaan, usaha pemandu wanita itu masih tidak berhasil apabila dia kelihatan bergelut untuk meletakkan keretanya di kawasan petak parkir.

Seolah sudah putus asa, pemandu wanita itu keluar dari kenderaan, dan mereka berdua memutuskan untuk mengangkat dan menolak kereta tersebut bagi memastikan ia berada dalam petak parkir.

Lebih melucukan, seorang lelaki dipercayai pengawal keselamatan di kawasan berkenaan datang menghampiri kedua wanita itu dan cuba membantu dengan turut sama mengangkat kereta tersebut – tetapi tidak berhasil.

Aksi dramatik tersebut berakhir selepas seorang lelaki muncul lalu memandu kenderaan wanita itu dan meletakkan ia dalam petak parkir. 

Di penghujung video itu kelihatan lelaki yang membantu wanita itu sebenarnya pemilik kepada kenderaan yang diparkir bersebelahan dengan kereta wanta berkenaan. Lelaki itu kemudiannya masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi.- CARI




10

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 18-4-2017 11:20 PM
Perempuan drive memang seperti ini ke?
Quote harkktuih 18-4-2017 11:30 PM
Bongok nya lahai
Quote cHimo 18-4-2017 11:37 PM
Hahaa sampai nak angkat kereta tuh hahahaa!
Quote MissMamamia75 18-4-2017 11:42 PM
Mujur akak xseteruk ni time parking..haha..siap nak gi angkat kereta tu
Quote MarryPottet 18-4-2017 11:47 PM
lol sangat
on a positive note, dia cuba juga usaha sedaya upaya utk masuk petak parking walau dgn cara yg sgt 'outside the box' & menjerihkan
takdelah dia main hentam keromo parking bersepah blok kereta org bila dah tak pandai nak drive masuk parking
Quote lasagnaklcc 18-4-2017 11:54 PM
Driver pompuan sgt berhati2 okeh
Quote matchstick 19-4-2017 12:12 AM
kalu keta kiri n kanan rapat sgt atas line lagi senang reverse parking jah. aku pun x confident kalu rapat sgt. tp x penah terpikir lagi nk angkat keta kasi muat
Quote meow_tompok 19-4-2017 12:13 AM
hey driver lelaki kete putih pun ngok jugak. parking senget menyusahkan org
Quote ninja boy 19-4-2017 12:22 AM
Edited by ninja boy at 19-4-2017 12:23 AM

selayaknya la lelaki itu alih kereta sbb tayar kereta beliau benar2 berada di garisan putih parking.
van sblh juga parking x ikut kotak. apsal mau parking situ jugak byk parking lain. sepatutnya wanita ini parking separuh ruang ja, bontot terkeluar, biar kereta sblh sedar diri x habis belajar sekolah memandu
Quote aHoi83 19-4-2017 08:02 AM
Pemandu gini elokla pakai kamera 4 penjuru terus
Quote sebu1 19-4-2017 08:10 AM
. Nasib aku oke je tapi parking mengundur mmg aku fail
Quote myakayina 19-4-2017 08:17 AM
last sekali tu tak menahan siap babai lelaki keta sebelah yg tolong parking kan keta dorg tu..
Quote insulin 19-4-2017 08:33 AM
[youtube]IBze67tss30[/youtube]


Patutnya ahsoh ni harus belajar dengan Stephen Chow cara parking kereta menggunakan kungfu ye...
Quote rospinki 19-4-2017 08:34 AM
cadangan saya..reverse parking la amoy..ni mseti lesen terbang
Quote ell768 19-4-2017 08:54 AM
hadoiii..sampai mcm tu skali..
Quote sabbath_shalom 19-4-2017 08:58 AM
Tak payAh pakai kereta bongokkkk..

Quote vanillaninja 19-4-2017 09:06 AM
Macam mana boleh dapat lesen ni? Susah sangat pergi la parking tempat lain
Quote fezy 19-4-2017 09:08 AM
hujung vid gila kelakar
Quote Deidra 19-4-2017 09:08 AM
Hengkau dah kenapaaa???

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.090614 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top