CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Ladang Dibunuh Kejam, Mayat Ditemui Tertiarap Di Depan Bilik

19-4-2017 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4513| Komen: 27

Hanya kerana masakan dikatakan tidak sedap dan kotor, seorang pekerja ladang dipercayai dibunuh dengan kejam oleh rakannya di Ladang Belenggu Hall, Mentakab di Kuantan kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang dikenali R. Davadas yang berusia 59 tahun dipercayai ditumbuk, ditendang, dipukul dengan sebatang kayu dan ditetak menggunakan sebilah parang tanpa belas kasihan sehingga maut.

Memetik laporan Utusan Online, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, mayat mangsa ditemukan tertiarap di depan pintu bilik rumah pekerja ladang yang diduduki mereka dengan kesan kecederaan di bahagian muka, kepala, dada dan tangan kiri.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku apabila mangsa dan rakan serumahnya bergaduh selepas suspek tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan lelaki tersebut.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa patah sembilan tulang di rusuk kiri, 11 tulang di rusuk kanan, retak tulang hidung, tulang rahang, luka di tapak tangan kanan, patah tulang tangan kiri dan pendarahan dalam kepala.”


Menurut Zundin, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati.

Suspek yang berusia 35 tahun telah berjaya ditahan dan kini direman seminggu bagi membantu siasatan dan kes dipercayai dapat diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 24 jam. 

Untuk rekod, semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah termasuk di bawah kesalahan berkaitan dadah.- CARI

sumber foto: internet



9

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote susukambingbest 18-4-2017 10:57 PM
Aduhhh ngeri weh. Ni msti yindia. Pasal masak pun brgaduh. Lain kli msak sndiri2 sudah klau xkena slera dgn msakan org lain. Apa daa
Quote ronapink 18-4-2017 10:57 PM
babi penagih dadah ni..

dah arwah masak xsedap. xpayah makan..ko masak la sendiri
Quote paz 18-4-2017 11:19 PM
Macam tu sekali penangan makan makanan tak sedap.
Quote prettyuglybabe 18-4-2017 11:23 PM
mangsa tu masak sambil garuk ketiak ke apa sampai macam tu sekali dia bantai..
kalu nak sedap bersih masak sendiri la..
Quote CiliPadiSedap 18-4-2017 11:29 PM
dulu ada kes masak xsedap kt china kena kekah kepala dia..potong masuk tong sampah.. check urine test tak de metaphatamine atau kad oku..
Quote MarryPottet 18-4-2017 11:57 PM
mabuk todi ke haper
dgn org tua beranilah ko belasah
cer dgn org sebaya ko, silap silap ko yg bertukar alam
Quote aHoi83 19-4-2017 08:06 AM
Elokla masuk penjara sblm kene gantung dpt makanan free dr penjara. Tgkla kalu tk sedap ko mampu ke nk bunuh tukang masak penjara plak
Quote felinecat 19-4-2017 08:25 AM
makaaan la makanana penjara lepas ni, hdap
Quote bambimo 19-4-2017 08:27 AM
masak sendiri la..bak kata eina azman..lain org lain cara masakan nye
Quote insulin 19-4-2017 08:29 AM
Ishhh... Sakit jiwa agaknya suspek tersebut. Hanya disebabkan oleh makanan x sedap je pun...
Quote sabbath_shalom 19-4-2017 08:35 AM
Itu lah akibat kalau menagih dadah musuh negara.

Sebab tu aku tak sembang kalau tahu orang tu penagih dadah....jijikkk
Quote haryatie 19-4-2017 08:35 AM
gilerrrrrrrrrr
Quote sabbath_shalom 19-4-2017 08:35 AM
insulin replied at 19-4-2017 08:29 AM
Ishhh... Sakit jiwa agaknya suspek tersebut. Hanya disebabkan oleh makanan x sedap je pun... : ...

Dadah ni memang makan ke otak sis....hati2 kalau ada ahli keluarga penagih dadah...even air ketum.
Quote insulin 19-4-2017 08:38 AM
sabbath_shalom replied at 19-4-2017 08:35 AM
Dadah ni memang makan ke otak sis....hati2 kalau ada ahli keluarga penagih dadah...even air ketum.

Entah2 pesalah makan dadah jenis methamphetamine kut...
Quote chinta89 19-4-2017 09:04 AM
kalau dh taik dadah tuhhh... psl mende kecik mskan x sedap pun jadi isu
Quote Pajeri_Nenas 19-4-2017 09:13 AM
kapel gay nih berkerak type
Quote lolita737 19-4-2017 10:22 AM
teringat dialog dalam cerita seniman bujang lapok..

"Bukankah kau tak tau kesukaan aku belacan, kenapa kau masak sayur asam xtaruk belacan? Sekarang aku akan pancung kepala kau"..
Quote @pplegreen 19-4-2017 11:43 AM
mesti si tukang masak tu dah simpan lama dlm hati tu kut bengang tu yg balas macam tu, sekali kawan tu belasah ko kaw2 pulak
Quote Artemesiaa 19-4-2017 11:50 AM
Penagih dadah apanya nak heran suma berani dibuatnya.  Ni tak ya betul2 pasal masakan tak sedap ke sebab nak mintak duit tak dapat.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.214475 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top