Bagi anda yang menggemarikan seafood atau makanan laut, tak sah rasanya tak menikmati hidangan tersebut lebih dari beberapa hari. Lebih-lebih lagi jika ia menggabungkan beberapa jenis makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan sebagainya. Lengkap rasanya!
Resipi yang satu ini merupakan kerabu yang sangat sinonim dengan masyarakat di Malaysia dan juga Thailand. Namun, kali ini kita 'import' resipi kerabu seafood khas dari negara Thai sendiri. Pun begitu ia telah diolah mengikut citarasa dan juga 'tekak' orang Malaysia. Jom cuba! Bahan-bahan: 1 kilo kerang 1/2 kilo udang 1/2 kilo sotong
Suku cawan air belacan Suku cawan air perahan limau nipis (kulit digunakan sekali) Suku cawan sos ikan Suku cawan cuka Suku cawan gula Suku cawan air asam jawa Garam secukup rasa Cara-cara: 1.Masak sehingga kerang terbuka, terus keluarkan isi, tapis dan rendam dalam air sejuk. (Separuh kerang dikupas isi, separuh lagi dibuang sebelah kulitnya sahaja). 2. Kupas kulit udang dan buangkan kulit sotong. 3. Hiris nipis sotong, rebus seketika, tos dan rendam dalam air ais. 4. Toskan kesemua bahan sehingga kering. 5. Bahan-bahan ini jangan dimasak lama, nanti keras. 6. Campurkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam kerang, sotong dan udang. 7. Campurkan 10 biji cilipadi (ikut tahap kepedasan anda). 8. Masukkan 10 ulas bawang putih dan tomato. 9. Tumbukkan bawang putih dan tomato tidak begitu halus dan gaulkan dengan kesemua bahan. 10. Sedia untuk dihidang dan dimakan sehingga menjilat jari. - CARI Kredit resipi: Watee Darus |
19
Bagus |
13
Marah |
5
Terkejut |
33
Sedih |
3
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Mokcun replied at 19-4-2017 11:36 PM
apa yang warna merah dalam kerabu tu?
vanillaninja replied at 20-4-2017 11:47 AM
Rasanya Yatiekitchen pun selalu buat kerabu ni. Memang terliur.
yussya replied at 20-4-2017 08:48 AM
betul tu..terliur menengoknye tp tak buat2 lagi..nak oder mcm jaoh pulak
ADVERTISEMENT