CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Permainan Tanam Buah' Di Telefon Bimbit, Berwaspada Sindiket Penipuan

20-4-2017 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3068| Komen: 17

Berwaspada anda mungkin terjerumus ke dalam perangkap sindiket penipuan bagi perniagaan jualan langsung berbentuk pyramid. Ini kerana kebelakangan ini menyaksikan ramai rakyat Malaysia begitu teruja 'menanam buah-buahan'.


Sedia kita maklum, terdapat pelbagai jenis permainan wang atau Money Game yang bergiat aktif di pasaran, UFun yang telah disenaraihitamkan Bank Negara pada tahun 2015, baru-baru ini menghasilkan satu jenis permainan di telefon bimbit yang berbentuk pengurusan ladang dan duit syiling maya sebagai daya tarikan dalam usaha menjalani pengumpulan kewangan secara haram.

Memetik laporan Oriental Daily News, sindiket tersebut telah bergiat aktif di negara kita sejak tiga bulan lalu, berjaya menarik perhatian orang ramai melalui cara membawa masuk seberapa banyak orang menyertai dalam permainan yang menguruskan ladang buah-buahan seperti lobak merah, buah naga, apel, limau dan juga durian.

Difahamkan, berikutan pihak polis giat membenteras sindiket 'Money Game', sindiket terbabit dikatakan berusaha menukar strategi untuk menarik lebih ramai orang menyertai permainan Ladang Buah-buahan itu. 


Pendaftaran hanya dengan bayaran antara RM40 hingga beberapa ratus ringgit untuk memenangi wang tunai melalui permainan tersebut dan sekiranya berjaya membawa orang menyertai, 10% keuntungan akan diberikan untuk setiap orang. 

Dalam pada itu, laman Facebook, WeChat, QQ turut digunakan sebagai tapak untuk memperkenalkan permainan tersebut, orang ramai hanya menulis kata kunci [Make Money Game] di Facebook untuk memperoleh laman rasminya dan iklannya. 

Dijangkakan dalam tempoh tiga bulan sahaja, telah berjaya menarik lebih puluh ribu orang menyertai permainan berkenaan.- CARI

sumber foto: Oriental Daily News & Inernet

17

Bagus
16

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 20-4-2017 11:57 AM
laa ye ker...nsib baik x main game nie..tgk kwn2 bkn main beria ajk...iols bkn kaki gaming ler....
Quote harrypoter 20-4-2017 12:05 PM
bukan dh lama ke game ni
Quote RatuDunia94 20-4-2017 12:54 PM
Dulu masa tahun 2008 zaman study iols pernah ketagih dgn game farmville kt FB.. Setiap 1 jam nk harvest tanaman.. Dh la bunyi harvesting tu very mengasyikkan.. Tinggi jugak dh level iols masa tu.  Dh kalo 24 jam menghadap farmville.. Siap berlawan2 dgn member..  Lol
Quote iznanaziz 20-4-2017 12:59 PM
akak tak reti nak main farmville.
agaknya kalau tau, mau ketagih
akak tengok kawan akak kat ofis, pagi je dah bukak farmville
keje pun tk jalan

akak siap ckp kat dia
kalau betul la...mmg ko dah lama kaya
ternak binatang, tanam sayur
Quote kentel 20-4-2017 02:46 PM
iznanaziz replied at 20-4-2017 12:59 PM
akak tak reti nak main farmville.
agaknya kalau tau, mau ketagih
akak tengok kawan akak kat ofis,  ...

bimbo nya sis game mudah tu pun x reti main
Quote chinta89 20-4-2017 03:00 PM
iznanaziz replied at 20-4-2017 12:59 PM
akak tak reti nak main farmville.
agaknya kalau tau, mau ketagih
akak tengok kawan akak kat ofis,  ...

ak selalu dpt request psl farmville.. x tau menahu kalau main game ni dpt duit @ sebarang imbuhan.


eh siyes dpt habuan eh.. jakunnya aku
Quote vanillaninja 20-4-2017 03:03 PM
I tak minat nak main2 game ni. Dalam phone pun tak install any games
Quote Acik_Whitney 20-4-2017 03:26 PM
Game farming yg paling best Hay Day
Quote Modngengade 20-4-2017 03:35 PM
kentel replied at 20-4-2017 06:46 AM
bimbo nya sis game mudah tu pun x reti main

x der faedah pun main game tu sister....buang masa jer...ramas kopek lagi bagus

Quote Star_el 20-4-2017 03:38 PM
apel???

Ok so main game ni cmne? Mcm game berkebun yg lain tu ke?
Ke byr duit pastu kena tunggu sampai berbuah in real time?
Aku main Stardew Valley je
Quote kentel 20-4-2017 03:38 PM
Modngengade replied at 20-4-2017 03:35 PM
x der faedah pun main game tu sister....buang masa jer...ramas kopek lagi bagus

amboui sister mod....membirah je keje 24/7 kan
Quote EvieWanKenobi 20-4-2017 04:02 PM
FV pun game judi ke?
main Farm Story je kat iPad..
Quote terpaku 20-4-2017 04:05 PM
farmville best...tapi itulah....melalaikan..result sem yang meols aktif main farmville memang hauk
Quote pearl.silver 20-4-2017 04:15 PM
Penah main farmville
Tp iols cepat bosan game camni..
Macam xde kesudahan..
Sudahnye mereput semua tanaman yang telah diusahakan..
Suka game yang buat otak berjalan..
Quote iznanaziz 20-4-2017 05:29 PM
kentel replied at 20-4-2017 02:46 PM
bimbo nya sis game mudah tu pun x reti main

bukan bimbo my dear...
aku malas nak fikir
Quote iznanaziz 20-4-2017 05:32 PM
chinta89 replied at 20-4-2017 03:00 PM
ak selalu dpt request psl farmville.. x tau menahu kalau main game ni dpt duit @ sebarang imbuhan. ...

habuannya bkn berbentuk dlm wang ringgit betul you

cuba tanya kentel, dia terer main farmville.
Quote kentel 21-4-2017 08:00 AM
iznanaziz replied at 20-4-2017 05:32 PM
habuannya bkn berbentuk dlm wang ringgit betul you

cuba tanya kentel, dia terer main farmville. ...

farmville takde real cash...game sekadar hilang bosan jah sister

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.047343 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top