CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kehilangan Buah Dada, Wanita Bertindak Saman Hospital & Doktor Kerana Cuai

20-4-2017 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11846| Komen: 102|Original author: R2D2

Pada asalnya hanya berniat untuk menjalani pembedahan pintasan jantung, namun tanpa disangkakan akibat kecuaian doktor, seorang wanita berbangsa India kehilangan buah dada kirinya.


Mangsa tersebut dikenali Pertemahwadi Isac selaku pihak plaintif, hari ini melalui wakil peguamnya Datuk Dr Arunan Selvaraj memfailkan saman  RM20 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sekaligus menamakan doktor pakar kardiotorasik di hospital tersebut, Dr. Abdul Muiz Jasid defendan pertama dan kerajaan Malaysia defendan kedua.

Menurut peguamnya, setelah kejadian berlaku, doktor yang bertanggungjawab dan pihak hospital tidak dapat memberi satu alasan yang munasabah berhubung kecuaian yang dilakukan, justeru itu, kliennya mengambil keputusan untuk mendakwa Hospital Serdang dan doktor berkenaan. 

Dalam pernyataan tuntutannya, Pertemahwadi mendakwa, tiga daripada saluran arteri di bahagian jantungnya telah tersumbat dan pada 16 Februari tahun lalu, terpaksa menjalani pembedahan pintasan bagi komplikasi itu di hospital tersebut.


Selain penyakit tersebut, pihak plaintif yang turut menghidap diabetes itu mendakwa, sebelum dibenarkan pulang, dia mengadu kepada defendan pertama, terdapat luka di bahagian dadanya.

Luka tersebut kemudiannya telah dijangkiti kuman dan dia telah pergi semula ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan.

Pihak plaintif mendakwa, pihak defendan telah melakukan kecuaian sehingga dia kehilangan keseluruhan payu dara kirinya sehubungan itu antaranya menuntut ganti rugi am RM20 juta dan ganti rugi khas RM223,487.60 daripada pihak defendan.- CARI

sumber foto: Utusan Malaysia & Internet

29

Bagus
17

Marah
21

Terkejut
23

Sedih
17

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 20-4-2017 01:04 PM
Edited by umbut at 20-4-2017 01:34 PM

Jadi doktor pun susah..
Quote sebu1 20-4-2017 01:16 PM
Bestnye jadi lawyer.
Quote minguk 20-4-2017 01:24 PM
ooooo tercucuk pisau ke masa operate tu?
Quote kelip2_07 20-4-2017 01:24 PM
sepupu laki aku operate ape ntah..sbb tgn kuat berpeluh berair..dh operate dia xleh keje..kpala rs mcm nk pecah smpai nangis2..bl g hospital kerajaan..doc mtk srt nk refer..pegi blik hospital yg dia operate tu..kata xde rekod..skg idup ssh..mane nk byr keta..umah..ank2 nk skolah
Quote amon_79 20-4-2017 01:26 PM
diabetes kronik dan luka berpisah teada...
Quote caprut 20-4-2017 01:34 PM
amon_79 replied at 20-4-2017 01:26 PM
diabetes kronik dan luka berpisah teada...

Ada doc pnh ckp diabetis lg leceh drpd hiv
Quote amon_79 20-4-2017 01:39 PM
caprut replied at 20-4-2017 01:34 PM
Ada doc pnh ckp diabetis lg leceh drpd hiv

bab nk jaga luka tu yang leceh.. makan tahun gak nk elok... base dari pengalaman sendri ... kalo xjaga betul2 kalo luka kat kaki cepat wooo boleh hilang kaki...
Quote caprut 20-4-2017 01:42 PM
amon_79 replied at 20-4-2017 01:39 PM
bab nk jaga luka tu yang leceh.. makan tahun gak nk elok... base dari pengalaman sendri ... kalo x ...

Mmg la. Tu tk cmpor lg perawat kena hadap bau bsuk kaki yg brlubang luke ru
Quote nauze 20-4-2017 01:49 PM
kelip2_07 replied at 20-4-2017 01:24 PM
sepupu laki aku operate ape ntah..sbb tgn kuat berpeluh berair..dh operate dia xleh keje..kpala rs m ...

erkk..siannye..tangan kuat berpeluh tu hyperhidrosis.
kelenjar peluh terlampau aktif sampai tapak tangan / tapak kaki / armpit boleh basah macam baru lepas basuh tangan..

kat mana sepupu tu operate? boleh pulak takde rekod tetibe..


abis tu dia tak saman ke doc yang operate dia? teruk sangat side effect sampai kepala sakit bagai..
Quote insulin 20-4-2017 01:49 PM
Boleh dapat ke? Gomen tengah xde duit ni...
Quote syadq 20-4-2017 02:06 PM
Payudara lebih penting dari jantung agaknya.
Quote ell768 20-4-2017 02:09 PM
insulin replied at 20-4-2017 01:49 PM
Boleh dapat ke? Gomen tengah xde duit ni...

boleh tu..bukan leh menang kes terus ni..makan taun jgk..
Quote R2D2 20-4-2017 02:12 PM
Mana boleh tak ada duit
Akaun peribadi RM2.6 bilion tu dh habis guna ka
Quote chinta89 20-4-2017 02:13 PM
kelip2_07 replied at 20-4-2017 01:24 PM
sepupu laki aku operate ape ntah..sbb tgn kuat berpeluh berair..dh operate dia xleh keje..kpala rs m ...

gila, senang ckp xde rekod. yg org tu naya je x boleh kije ape bagai.

ade org yg jenis tgn kuat bpeluh dan sentiasa basah, aku selalu nasihatkan jgn operate sb benda ni x sakit pun cumakte kurang selesa jah.

sb aku larang, ak tgk ramai kes yg buat pembedahan ni x bjaya malah jd lagi teruk.
Quote insulin 20-4-2017 02:15 PM
ell768 replied at 20-4-2017 02:09 PM
boleh tu..bukan leh menang kes terus ni..makan taun jgk..

Oh ye. Betul juga tu. Semoga menang dalam kes ni. Menjadi seorang doktor sememangnya sangat mencabar sekarang nih.
Quote vanillaninja 20-4-2017 02:18 PM
kelip2_07 replied at 20-4-2017 05:24 AM
sepupu laki aku operate ape ntah..sbb tgn kuat berpeluh berair..dh operate dia xleh keje..kpala rs m ...

Kronik sangat ke sampai kena operate? My friend pun ada condition yang sama. Tangan sheols 24 jam basah, tapi sheols tak sampai operate. Aman2 je kerja majistret.
Quote idakamaruddin 20-4-2017 02:30 PM
kelip2_07 replied at 20-4-2017 01:24 PM
sepupu laki aku operate ape ntah..sbb tgn kuat berpeluh berair..dh operate dia xleh keje..kpala rs m ...

cane plak xde rekod?
Quote vandergooh 20-4-2017 02:31 PM
insulin replied at 20-4-2017 02:15 PM
Oh ye. Betul juga tu. Semoga menang dalam kes ni. Menjadi seorang doktor sememangnya sangat mencab ...

Hoapital serdang ni mmg famous dgn macam2 kes kecuaian... dari kes beranak sampai operate... selalu hospital ni ada masalah.... teruk sangat pengurusan hospital serdang ni...
Quote manehnya 20-4-2017 02:32 PM
ada diabetes... nk kata apa lagi

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.080299 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top