Memang iklan sangat memainkan peranan penting bukan sahaja untuk menarik perhatian pengguna untuk membeli produk yang ditawarkan, malah turut memberi maklumat berguna kepada masyarakat.
Namun begitu, kadang kala cara iklan itu dipaparkan membuatkan ramai orang salah faham, seterusnya menyebabkan masalah berbangkit pula selepas ini. Seperti yang berlaku kepada iklan oleh kasut Bata ini. Seorang pengguna, sukar menerima apa yang ditunjukkan menerusi iklan tersebut yang dianggap bersifat perkauman atau rasis. "Seriuslah, ini ke cara awak market atau apa. Bata, tolong buang marketing manager atau brand manager anda. Sangat memalukan. Ini Bata di KLCC," tulis seorang lelaki menerusi laman sosialnya.
Dia menjadi bengang dengan iklan berbunyi "Shoes for: Indian school children" yang dianggapnya menghina dan bersikap rasis. Malah, ramai netizen lain juga turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki ini. Tak dinafikan, jika melihat satu sudut, iklan tersebut boleh membuatkan ramai salah faham. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa tujuan sebenar iklan ini? Rupanya, ia iklan ini adalah untuk mempromosikan kasut tenis Bata, yang pertama kali dikeluarkan di negara India untuk anak-anak bersekolah di situ, pada tahun 1936. Sejak itu, terdapat lebih 500 juta pasang kasut itu dijual di seluruh dunia dalam masa 80 tahun ini. Memetik Twitter bata, "Kasut tenis Bata, pertama kali dibuat di India pada 1936 untuk anak bersekolah. Mungkin ia merupakan kasut paling laris dalam sejarah? 500 juta pasang sejak 80 tahun lalu!" Wow, ternyata ia memberi maksud yang sangat positif iaitu meraikan jenama kasut tersebut yang sudah berada di pasaran lebih 80 tahun lamanya. Kesimpulannya, jangan cepat melatah dengan apa-apa perkara yang dipaparkan terutamanya jika ia dikatakan menyentuh hal sensitif seperti agama atau kaum. Semak dulu sepenuhnya ayat dalam iklan itu misalnya, dan jangan mudah sentap! - CARI |
24
Bagus |
22
Marah |
20
Terkejut |
19
Sedih |
18
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MAMS replied at 21-4-2017 11:32 AM
Memang iklan sangat memainkan peranan penting bukan sahaja untuk menarik perhatian pengguna untuk ...
mohdcrow replied at 21-4-2017 02:45 PM
eleh....dia duk cakap berbelit2 tu takper plak...iklan berbelit skit dah nak ngamuk
ADVERTISEMENT