Agaknya ramai tak yang boleh tahan dengan gambar di bawah ini? Dikatakan warung ini memang menyediakan menu paling istimewa dari Terengganu yang tak harus dilepaskan, apa lagi kalau bukan sotong celup tepung.
Terletak di Kuala Terengganu, Warung Pok Nong ini bukan sahaja menjadi perhatian orang tempatan malah ada yang datang dari jauh untuk menikmati hidangan di sini. Berdasarkan komen di laman sosial, ramai yang memuji hidangan sotongnya yang sangat segar dan sempurna dimasak. "Hidangan seafood celup terbaik di sini, segar dibawakan dari laut," kata seorang netizen. Manakala, netizen lain turut memuji namun memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak berharap servis di sini seperti di restoran mahal lain, kerana ia cuma warung sahaja. "Memang perlu beratur panjang dan anda harus 'fight' untuk mendapatkan menu anda ketika di kaunter," kata seorang netizen. Nyata ia bukan hidangan biasa sehingga menyebabkan ramai sanggup beratur panjang.
Dari segi harga, ia jauh lebih murah berbanding restoran lain. Misalnya 3 ekor sotong celup tepung berharga RM20, 4 ekor udang celup RM4 dan sebagainya. Bagi yang berkunjung ke Kuala Terengganu bolehlah mencubanya nanti! Warung Pok Nong Jalan Pantai A1693, Kg Kolam Mengabang Telipot, Kuala Terengganu |
22
Bagus |
14
Marah |
11
Terkejut |
16
Sedih |
15
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fox. replied at 22-4-2017 07:12 PM
akak penah pegi yg dekat terengganu ni. tapi tak tahu kedai yg sama atau tak. sebab banyak lagi keda ...
asmimie replied at 23-4-2017 12:07 AM
Ohh..sy tau yg tu..dia dh siap letak dlm pinggan kan..sepiring tu rm5..tu kedai lain.. yg warung p ...
ADVERTISEMENT