CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Semuanya Helah Penjual" - Doktor Ini Sangkal Fungsi Produk Kurus

25-4-2017 06:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 18870| Komen: 47|Original author: Oleh: Adib ZA


Jika kebanyakan produk kosmetik tempatan dikatakan tidak selamat kerana menggunakan bahan terlarang, seorang doktor mendedahkan produk menguruskan badan juga bukannya terbukti berkesan dan juga baik. Malah, ia turut menggunakan bahan yang berbahaya. 


Sering mendapat pertanyaan daripada orang ramai tentang produk menguruskan badan, lalu membuatkan doktor ini terpanggil untuk menerangkannya secara jelas melalui laman sosial.

"Doktor, selamatkah produk kuruskan badan yang anda dipasaran sekarang?"

"Demikianlah antara pertanyaan di peti mesej Facebook saya," ujar doktor dikenali sebagai Hana Hadzrami ini. 


Menurutnya, terdapat 3 kategori produk pengurus badan yang dijual di pasaran, iaitu pertama yang didakwa hanya menggunakan bahan alami seperti cuka epal, garcinia dan sebagainya. "Ia hanyalah helah penjual," katanya. 

Kedua, produk yang menggunakan dadah terlarang Sibutramine yang boleh jadi berkesan namun menyebabkan banyak kesan sampingan.

Jenis ketiga adalah produk yang mengandungi kafein berdos tinggi untuk kegunaan mereka yang kerap bersenam. "Ia tak sesuai bagi mereka yang berpenyakit," jelasnya lagi.

Apa yang boleh dikatakan semua jenis kategori produk menguruskan badan ini tidak boleh disandarkan ketika anda dalam proses mahu menurunkan berat badan. 


Meskipun ia dikatakan tidak menggunakan sebarang bahan terlarang dan dibekalkan dengan testimoni bergambar, ia belum tentu berkesan dan tidak memberikan kesan sampingan kepada kesihatan. 

"Buat apa nak cepat kurus jika paras kolesterol tinggi, sakit sendi, badan lembik dan tiada stamina? Lebih baik bersenam dan hilangkan berat secara perlahan-lahan bagi mendapatkan manfaat maksimum," terangnya lagi. 

Dari kalangan netizen pula, mereka boleh dikatakan bersetuju dengan pendapat doktor ini. Namun, ada juga yang menyangkal kerana mendakwa bahan semula jadi seperti teh hijau dan garcinia turut melalui proses uji kaji dan juga disebut dalam jurnal-jurnal tertentu. 

"Sama macam green tea yang mentioned by research paper, katanya mengandungi cetichin yang boleh boost metabolism," kata seorang netizen. 



Kesimpulannya, kita sebagai pengguna bolehlah melupakan produk yang dikatakan boleh menguruskan badan ini. Seperti yang diterangkan oleh doktor ini, bukannya kebaikan yang didapati sebaliknya kesan sampingan yang bakal melunyaikan badan kelak. - CARI 
6

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 25-4-2017 07:39 PM
bukan masalah penjual penipu, masalah pembeli tongong cm indon..

beli sebab testimoni berbayar dan palsu dan edit photoshop..

tengok macam akak kurus  sbb kerja keras senam bukan harapkan produk smartshop dan jus2 merapu..

pinggang akak 26, dada 36, pinggul 34.. mana nak cari badan cmni dik? senam.. ye senam.. tiada produk boleh bg badan mcm akak kecuali workout ..
Quote paz 25-4-2017 07:44 PM
Takutnya baca ubat yg ada telur cacing. Ngeri lah plak, nasib saya tak pernah beli ubat kurus.

Quote estrelle 25-4-2017 07:51 PM
Cacing pita tu bukan kat vavi ke
Quote Levespa 25-4-2017 07:54 PM
jaga makan bersenam ok la badan.. dunia hari ni senang semua maklumat di hujung jari.. video exercise menu diet segala info ada.. kena usaha sikit jangan ambik jalan pintas..
Quote gigahertz 25-4-2017 08:39 PM
estrelle replied at 25-4-2017 11:51 AM
Cacing pita tu bukan kat vavi ke

bukan. ini cacing pita yang di tanah tanah.biasa kalau pijak tanah. ttak pakai selipar cacing akan masuk ikut luka atau bekas luka yang tak di tampal dengan baik
Quote imransulaiman 25-4-2017 09:17 PM
Ubah tabiat makan...kemudian bersenam...baru boleh kurus
Quote dakewa 25-4-2017 09:20 PM
CiliPadiSedap replied at 25-4-2017 07:39 PM
bukan masalah penjual penipu, masalah pembeli tongong cm indon..

beli sebab testimoni berbayar da ...

Wowww! Mantopnye kakkk. Body goals sgtttt
Quote estrelle 25-4-2017 09:30 PM
gigahertz replied at 25-4-2017 08:39 PM
bukan. ini cacing pita yang di tanah tanah.biasa kalau pijak tanah. ttak pakai selipar cacing akan ...

Owhh okay.tq
Quote WhiskeyScotch 25-4-2017 11:01 PM
Nak kurus senang jah. Jaga makan dan bersenam.
Quote pearl.silver 25-4-2017 11:27 PM
Ada satu produk yg guna artis tu...
Ada satu testimoni dia sebulan turun 20kg
Pentipu sgt..
Quote Zaien 26-4-2017 12:18 AM
Ubat kurus2 ni tipu ja.  Trmsuk la krim2.
Dlu aku byk spend time duit kt ubat kurus n krim.
Last2 bln pose turun dek krn pemakanan n sedikit exercise...
Quote Zaien 26-4-2017 12:18 AM
Ubat kurus2 ni tipu ja.  Trmsuk la krim2.
Dlu aku byk spend time duit kt ubat kurus n krim.
Last2 bln pose turun dek krn pemakanan n sedikit exercise...
Quote NekNgah 26-4-2017 05:59 AM
Yang penting gaya hidup yang sihat. Makanan pilih2 juga, jangan semua sumbat.  Kalau tak jawabnya kolestrol tinggi, darah tinggi, diabetes, etc.
Beraktiviti fizikal juga, jangan duduk hadap komputer, handphone, tv aje.
Quote NekNgah 26-4-2017 06:00 AM
Kardio pun penting.
Quote beautifulliar 26-4-2017 07:31 AM
Kawan2 aku sume gemok

Pastu asik la duk tanya kt whatsap grup cara2 nak kurus.tapi time melantak tak ingat dunia.aku suh deme bersenam pun masing2 mls ada anak la takde masa la.sudahnya aku sakitkan ati kasik spam htr gmbr cekeding aku byk2 terus deme msg im in love with the shape of you.
Quote mieymiey 26-4-2017 09:00 AM
CiliPadiSedap replied at 25-4-2017 07:39 PM
bukan masalah penjual penipu, masalah pembeli tongong cm indon..

beli sebab testimoni berbayar da ...

Amboi Kaka Cili, share la tips kecikkan ponggong
Quote ffbeauties 26-4-2017 09:31 AM
Kuncinya 'M'.
Makan
Makan
Makan
Malas
Malas..., mereputla ko. Gemuk...
Quote Kahla 26-4-2017 10:33 AM
Ngerinya isi telur cacing tu. Gila
Quote manjalara_01 26-4-2017 11:01 AM
WhiskeyScotch replied at 25-4-2017 11:01 PM
Nak kurus senang jah. Jaga makan dan bersenam.

x senang la...
sbb x senang la..org lebih rela beli produk2 ni semua...dari gi senam jaga diet bagai

sbenarnye there is no short cut dlm menjaga kesihatan..no pain no gain gituww konsepnye..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.180059 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top