"Tiada siapa tahu apa yang saya tahu dan lihat, hanya saya berhak bercakap tentang cerita diri saya." Memetik laporan The New York Times, demkian luahan ketidakpuasan hati penyanyi popular antarabangsa Madonna terhadap projek filem biopik mengenai kisah hidupnya yang berjudul Blonde Ambition.
Dalam satu posting di Instagram Madonna berkata, hanya dia sahaja berhak untuk bercerita tentang dirinya dan bukannya daripada orang lain. "Orang lain yang cuba berbuat demikian adalah penipu dan bodoh, ini adalah satu penyakit dalam masyarakat kita." Madonna bersuara sehari selepas pengumuman projek itu yang memperlihatkan pendatang baharu, Elyse Hollander sebagai penulis skrip dan lakon layar filem itu. Michael De Luca yang menerbitkan filem Fifty Shade of Grey bertindak sebagai penerbit bersama-sama pengarah Brett Ratner (RatPac Entertainment) dan John Zaozirnya daripada Bellevue Productions. Filem itu bakal mengangkat kisah Madonna yang dalam proses menyiapkan album pertamanya selain kisah cintanya dan populariti dikecap sebagai bintang terkenal dunia.- CARI
|
17
Bagus |
21
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT