Pelakon Shahz Jaszle mengakui sukar untuk membawakan watak dalam filem terbarunya yang berjudul Lebuhraya Ke Neraka. "Berlakon filem bukannya mudah. Sukar untuk saya membawakan watak sebagai Jeff kerana karakter tersebut memerlukan permainan emosi."
"Dengan bantuan pengarah, pelakon lain dan tenaga produksi, akhirnya saya berjaya membawakan watak tersebut dengan jayanya," kata Shahz. Difahamkan filem ini menjalani penggambaran lebih enam tahun lalu dan akan ditayangkan pada 4 Mei ini. Memetik laporan Astro Gemapk, Shahz Jaszle turut memaklumkan, filem ini merupakan filem lakonan terawal buat dirinya kerana ketika itu dia masih baru dalam dunia seni. Tambah Shahz, dia rasa berbesar hati kerana dapat berlakon di bawah arahan pengarah tersohor, Mamat Khalid. Selain Shahz, Lebuhraya Ke Neraka menampilkan Datuk Awie, Miera Leyana, Dazrin Kamarudin, Khir Rahman dan ramai lagi. Filem ini akan ditayangkan bermula 4 Mei ini.- CARI
|
8
Bagus |
7
Marah |
18
Terkejut |
9
Sedih |
7
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT