CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sedar Bank Salah Masuk RM100,000 Ke Dalam Akaun Peribadi

4-5-2017 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10761| Komen: 98

Bukan mudah nak bertemu seorang yang jujur apatah lagi jika membabitkan wang bernilai ratusan ribu ringgit.

Sinar Harian, semalam melaporkan sebuah bank tersilap memasukkan wang berjumlah RM100,000 ke dalam akaun peribadi milik seorang peniaga pada Khamis lalu.



Foto: Sinar Harian

Peniaga dikenali sebagai Ah Seng (bukan nama sebenar), 28, dan berasal dari Padang Temusu, Sungai Petani itu mendakwa dia langsung tidak menyedari kesilapan berkenaan walaupun ada membuat urusan di bank terbabit pada 27 April lalu.

"Selepas habis urusan, pihak bank bagitau sudah memasukkan sejumlah wang sebagai faedah yang diperolehi ke dalam akaun dan saya hanya mengiakan saja.


"Seperti biasa, saya keluarkan wang di bank berjumlah RM1,300 pada 28 April kerana ingin keluar daerah memandangkan cuti hujung minggu serta cuti umum hari pekerja 1 Mei lalu, tapi tak sedar langsung ada sejumlah wang baki di akaun," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, dia terkejut apabila pihak bank menghubunginya kira-kira jam 4 petang pada Jumaat lalu, memaklumkan pihak bank tersalah memasukkan wang dan meminta Ah Seng memulangkan wang berkenaan.

Selepas memeriksa semula resit pengeluaran dan melakukan pemeriksaan akaun secara atas talian, Ah Seng terkejut mendapati baki di bank berjumlah RM98,688.55.

"Pagi kelmarin (Selasa), sebaik sahaja bank mula beroperasi, saya ke sana untuk memulangkan baki yang ada dan membayar semula wang yang saya guna.

"Pihak bank kemudian mengucapkan terima kasih atas kejujuran dan memohon maaf atas kesilapan," katanya. - CARI
9

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
17

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 3-5-2017 10:20 PM

kerja main2 cm ni la jadiknya..teruk la staf bank kena maki ngan bos
Quote Maideen. 3-5-2017 10:30 PM
Kisah seorang kafir laknatullah yang jujur......
Quote kuzaime 3-5-2017 10:31 PM
Kalau ah seng yg bukan nama sebenar ni x nak pulangkan mcm mana pulak ehh??
Quote MyNameIsIris 3-5-2017 10:42 PM
Tahub bila ntah staff rhb dapat berapa belas ribu tah gaji.. lepas tu pukul berapa ntah gaji kena tarik balik.. 27hb gitu baru diorang dapat gaji. Salah seorang ialah sil i.. tapi dia waras lagi lah.. dia tak keluarkan walau seposen.. ada org yang berjaya keluar semua dalam masa beberapa minit.. mendapat kau kena convert jadi loan sekarang struggle membayar balik . Tapi mana yang mia tu.... blacklist la.. penangan HR..
Quote ffbeauties 3-5-2017 10:48 PM
MyNameIsIris replied at 3-5-2017 10:42 PM
Tahub bila ntah staff rhb dapat berapa belas ribu tah gaji.. lepas tu pukul berapa ntah gaji kena ta ...

Oo yg dah mia tu mmg xleh dikenakan tindakan undang undang eh?
Quote MyNameIsIris 3-5-2017 10:56 PM
ffbeauties replied at 3-5-2017 10:48 PM
Oo yg dah mia tu mmg xleh dikenakan tindakan undang undang eh?

Diorang hantar surat je lah... yang lain tu tak sure. Tapi tabik spring la rakus tak rakus beberapa jam je duit tu termasuk dalam acc, zass je dia keluarkan guna atm dgn kat kaunter..

Ada kawan adik ipar i.. siap beli ip6, ipad, shopping sana sini macam OKB! Tapi bagusnya dia tak lari.. sekarang tengah gigih bayar balik
Quote mjla 3-5-2017 10:56 PM
Kena pd pelaggan ko suruh jujur.
Kena pd bank kapur selagi boleh
Quote umbut 3-5-2017 10:57 PM
Petang bank akan buat closing balance... Takdanya dpt duit terpijak.. Jgn ler gi wat shopping.. Memang naya kena ganti balik
Quote AbukRokok 3-5-2017 10:57 PM
staff bank datang bulan
Quote kimchipedas 3-5-2017 11:06 PM
Rasa cam nk kena bipolar ja time bank call nk blk duit tu
Quote EJALTI 3-5-2017 11:09 PM
Staff bank bengong....nasib baik lelaki nih jujur...
Quote b_n_c 3-5-2017 11:45 PM
klu xnk pulangkan xleh ke sb bkn slh kita? bank yg cuai kan? ke cmna?
Quote naina 3-5-2017 11:54 PM
Jgnla guna duit tu kalau tetibe dpt byk gedebu mcm tu. Mesti  ada kesilapan. Jadi orang jgn tamak. Ni kira ujian pada diri sndri juga lah nk tgk sejauh mana hati kita.
Quote cupu 4-5-2017 12:15 AM
klu aku pun xguna duit tu..mesti dh syak org tsalah masuk..
kang xde pasal kena viral.amik duit org
buat malu keturunan
Quote Buritan 4-5-2017 12:27 AM
Maideen. replied at 3-5-2017 10:30 PM
Kisah seorang kafir laknatullah yang jujur......

Ko paderi medeen pun kena bersikap jujur.. ini perangai cam lahanat.. lawyer ptuih
Quote labubuyung 4-5-2017 12:28 AM
merasa lah kejap cash dlm bank rm100k ye dak uncle?
Quote zueazza 4-5-2017 01:27 AM
Susah jadi orang bank. Duit short sikit pun jenuh kena cari kat mana silap.
Quote munchkin 4-5-2017 02:43 AM
Kenapa tak reverse balik ye. Kadang tengok ada yg termasuk pastu reverse balik. Dulu dululah.
Quote mbhcsf 4-5-2017 05:00 AM
Edited by mbhcsf at 4-5-2017 05:15 AM

man......

wow good man..high integrity, boleh keje dgn warren buffett

kalau  cuti lama sikit kan .....boleh je tempah emirates
boleh je pi melancong ke  westfield  hahahhahahhha

atau pi pesta buku  

dalam masa yg dia tak sedar tu....hahaha


Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.154664 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top