CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boleh Sebabkan Kematian, Rawatan Terapi Ozon Diharamkan

4-5-2017 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24151| Komen: 214

Kementerian Kesihatan mengharamkan rawatan terapi ozon dan mengarahkan semua pusat kecantikan menghentikan perkhidmatan itu serta merta kerana boleh memudaratkan sehingga menyebabkan kematian.


Memetik Bernama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata penilaian teknologi kesihatan yang dijalankan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM (MaHTAS) mendapati ia tidak memberi sebarang manfaat, sebaliknya hanya membahayakan nyawa pengguna.


Foto: BH Online

"Terapi ozon ini tidak diiktiraf oleh mana-mana negara di dunia ini. Ia juga boleh menyebabkan komplikasi perubatan yang teruk termasuk membawa kepada kematian," katanya.

Malah, sehingga kini tiada pihak yang menjalankan perkhidmatan berkenaan mendaftarkan mesin mereka dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).


Kegagalan pembuat, pengimport dan pengedar mesin terapi ozon menarik semula pengedaran atau penggunaan mesin berkenaan dari pasaran selewat-lewatnya pada 1 Julai boleh menyebakan mereka didakwa di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tambah Subramaniam, penggunaan produk heparin untuk mencairkan darah bagi rawatan terapi ozon juga merupakan satu kesalahan di bawah Akta Racun dan Akta Jualan Dadah 1952 yang dikuatkuasakan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF).



"Kita dapat lihat mereka melakukan banyak kesalahan di bawah pelbagai akta. Jadi, saya nasihatkan rakyat Malaysia agar berhenti mendapatkan rawatan terapi ozon ini," katanya.

Terdahulu, rawatan berkenaan tular di media sosial selepas beberapa artis tanah air mempromosikan kaedah rawatan itu yang dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit selain melambatkan proses penuaan.



Foto: Carian Internet

Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan mereka  selepas mendapati ia tidak mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan. - CARI
11

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
16

Sedih
18

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 3-5-2017 07:47 PM
Cc: sasha30k
Quote tripleid 3-5-2017 07:48 PM
ummah pprt mmg mudah kena tipu..ozon tu walau molekul dia 3atom oksigen tp x bermakna ia baik utk tubuh manusia.dlm bidang industri O3 ni dikategori gas beracun.
ozon utk tapis sinar uv matahari je bkn utk dijadikan bhan terapi whatso ever!
Quote boobam 3-5-2017 07:51 PM
kt kota damansara area the strand ni pun ada satu gak...kemain sesak org dok buat ozon kt sini
Quote de_ikea 3-5-2017 07:51 PM
cmf_premierleag replied at 3-5-2017 07:47 PM
Cc: sasha30k

Iols baca tajuk pun terus teringat sasha30k

Mode gossip girls sangatt
Quote CrowneGlory 3-5-2017 07:53 PM
Untuk apa kejadah ni? Putihkan kulit ke
Quote ultra78 3-5-2017 07:56 PM
Ozone ni oxidizing agent yg kuat.Banyak digunakan dalam industri sebagai alternatif kepada klorin.

Satu lagi kegunaan gas ozone adalah untuk menghilangkan bau. Kalau ada mayat reput dalam rumah kita, kita boleh guna ozone gas utk hilangkan bau mayat tersebut.Ada alat yg boleh generate ozone gas.
Quote mommymonster82 3-5-2017 08:02 PM
Seronok baca org bijak pandai komen...  terbuka minda gtu..

Me mmg xcayala pusat2 yg xde pengiktirafan ke apa gini..nk cucuk2 kita bagai..... aper2 pon hospital jerla...

Quote monsterwife 3-5-2017 08:18 PM
Terus teringat Sasha 30k. Nanti apa income di plk. Hehehe
Quote rukia2 3-5-2017 08:24 PM
Terapi ozon nih mcm dlm gmba atas tu ke prosesnye Cm org buat dyalisis jah konsepnye ..gle ah cmni pun ade org sihat2 berani buat
Quote jiji85 3-5-2017 08:32 PM
ada opismate aku sanggup terbang ke kl tiap mggu sbb nak buat ozone terapi ni..aku lupa nak pesan srh buat sekali ozone terapi tu d hati dia yg gelap tu..motif sangat nak putihkan diri tp hati hitam
kelam umpama shaitoon..
Quote wanitajelita 3-5-2017 08:35 PM
Terus teringat teringat gf anak raja tu..hehe..
Quote zueazza 3-5-2017 08:51 PM
Baguslah diharamkan

Dah macam2 cara nak bagi cantik & sihat tapi tak ikut kaedah yang betul
Quote CiliPadiSedap 3-5-2017 08:52 PM
nak putihkan kulit guna EMP je dik.. tak perlu susah2 ozon apa semua.. kt north korea banyak EMP
Quote vanillaninja 3-5-2017 08:57 PM
Takziah Shasha, Zack, Arissa Chua dan lain2
Quote cabai7 3-5-2017 09:06 PM
Sia2 je perabih duit
Quote AbukRokok 3-5-2017 09:11 PM
patutla ozon berlubang... ada malaun sial gi tebuk bawak trun ke bumi
Quote sue_0684 3-5-2017 09:15 PM
jiji85 replied at 3-5-2017 08:32 PM
ada opismate aku sanggup terbang ke kl tiap mggu sbb nak buat ozone terapi ni..aku lupa nak pesan sr ...

haha..putih dak dia sis?..
Quote shara154 3-5-2017 09:16 PM
Bagus good job
Quote irlene_hana 3-5-2017 09:16 PM
CiliPadiSedap replied at 3-5-2017 08:52 PM
nak putihkan kulit guna EMP je dik.. tak perlu susah2 ozon apa semua.. kt north korea banyak EMP :lo ...

Emp tu apa yea ..  

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.106459 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top