CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

15 Tip Rahsia Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami

5-5-2017 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6947| Komen: 20|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Tiada pasangan suami isteri yang tidak mengimpikan kebahagiaan hingga ke Jannah namun seringkali kita terbaca kisah-kisah yang kurang enak didengar seperti pergaduhan dalam rumah tangga hingga terjadinya penceraian.


Tapi tahukah anda? Menurut kajian, salah satu sebab utama terjadinya pergaduhan dalam rumah tangga adalah kerana isteri tidak pandai mengambil hati suami. 

Gambar sekadar hiasan

Seringkali para isteri terlupa bahawa suami perlu sentiasa digoda dan dibelai. Jika dahulu suami anda bersusah payah menggoda anda sehingga ke jinjang pelamin, jadi apa salahnya jika sekarang ini anda pula menggodanya.


Jadi di sini penulis kongsikan 15 tip rahsia kepada para isteri tentang bagaimana untuk menambat hati suami.


1. Rajinkan diri untuk berhias
Jangan hanya bersolek ketika berada di luar rumah sahaja. Bersoleklah ketika berada di rumah kerana semua suami suka melihat isteri yang sentiasa kelihatan cantik.

2. Memakai bauan atau wangian yang menyenangkan
Anda memiliki koleksi minyak wangi? Jangan disimpan sahaja. Gunakannya di rumah kerana wangi-wangian mampu membangkitkan semangat suami.

3. Mengenakan pakaian yang mampu menerbitkan keghairahan suami
Pernah memiliki 'Lingerie Dress'? Jika tidak, anda boleh membelinya dengan modal serendah RM10 sahaja. Selain itu, berkain batik sahaja juga mampu mengghairah suami.

4. Serlahkan sifat feminin anda
Sifat lelaki dan wanita adalah berlawanan. Daya tarikan seorang wanita terletak pada sifat kewanitaannya. Semakin anda feminin, semakin terpikat suami terhadap anda.

5. Bersikap sopan serta menjaga adab
Wanita yang memiliki sifat-sifat ketimuran lebih kelihatan seksi. Duduk merapatkan peha serta tersipu-sipu malu memberikan isyarat 'saya masih terpelihara'.


Gambar sekadar hiasan

6. Pastikan kamar tidur dalam keadaan yang kemas
Masih ingat lagi kamar tidur anda pada malam pertama? Cuba usahakan supaya kamar tidur anda kelihatan seperti itu.

7. Ajak suami solat bersama
Suami adalah ketua keluarga dan merangkap imam bagi anda dan anak-anak. Lazimi diri mengajak suami berjemaah. Itu sebagai isyarat bahawa anda mengiktirafnya sebagai pemimpin yang anda hormati.

8. Berikan ciuman harian
Selalu salam dan cium tangan suami sebelum suami pergi bekerja? Ada satu lagi yang perlu ditambah, iaitu ciuman di pipi dan bibir. Sebelum beliau melangkah keluar, peluk suami dan katakan yang anda sangat sayang padanya.

9. Buatkan air kegemarannya
Ketika suami sedang leka menonton televisyen atau melakukan sesuatu, buatkan air milo, susu, teh, kopi atau sebarang minuman kegemarannya.

10. Kerap memberikan pujian dan pengiktirafan
Cari kelebihan yang ada pada suami anda puji secara ikhlas. Jika suami anda pandai bermain gitar, pujilah kehebatannya mengalunkan melodi dari gitarnya itu.

11. Kerap sentuh tubuh badan suami
Sentuhan lebih bermakna dari kata-kata. Anda boleh sentuh wajahnya, tangannya atau mana-mana anggota badannya yang anda fikirkan sesuai untuk disentuh.

12. Penuhi kemahuan suami
Tiada sebab untuk anda menolak kemahuan suami melainkan jika ianya menyalahi syara'. Sekiranya anda dapat memenuhi kehendaknya, dia akan lebih menyayangi anda.

13. Jadilah proaktif
Jangan jadi seperti kayu. Seorang suami memerlukan seorang isteri yang dapat melakukan sesuatu perkara secara kerjasama. Jika anda aktif dan proaktif, anda dapat mencungkil kesemua potensi yang berada di dalam diri anda.

14. Berani melakukan inisiatif
Jangan hanya menunggu suami. Anda juga perlu perlu memulakannya dengan ajakan yang menggoda. Buang segala sifat malu itu. Suami pasti akan lebih terangsang jika anda mulakannya dahulu.

15. Berikan kejutan yang tidak disangka-sangka
Semua orang sukakan kejutan. Cuba sekali-sekala bersembunyi di belakang pintu ketika suami sedang memasuki bilik. Peluk suami anda dari belakang dan tariknya ke katil. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, suami anda pasti teruja!

Gambar sekadar hiasan

Selamat mencuba. - CARI



16

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 5-5-2017 04:45 PM
Takdalah rahsia sangat pun tips nya.
Quote prettyuglybabe 5-5-2017 04:53 PM
tips suami melayan isteri takde ke
Quote kernasayang 5-5-2017 07:57 PM
Takde rahsia pon
Quote Nurul8001 6-5-2017 02:20 PM
prettyuglybabe replied at 5-5-2017 04:53 PM
tips suami melayan isteri takde ke

Kan..
Asyik2 isteri je nak kena buat itu, buat ini..
Quote Cekla 6-5-2017 08:30 PM
Nurul8001 replied at 6-5-2017 02:20 PM
Kan..
Asyik2 isteri je nak kena buat itu, buat ini..

Nafkah pun tak hulur
Quote Nurul8001 6-5-2017 08:35 PM
Cekla replied at 6-5-2017 08:30 PM
Nafkah pun tak hulur

Kikiki..
Tang ni, saya rasa beruntung sikit..
suami saya ATM..

Jadi, setiap bulan saya dapat 10% dari gaji dia..
Potong direct masuk akaun saya..ni, potongan paksa diorang panggil..hahahaha

Quote Cekla 6-5-2017 08:41 PM
Nurul8001 replied at 6-5-2017 08:35 PM
Kikiki..
Tang ni, saya rasa beruntung sikit..
suami saya ATM..

Ooo...maknanya betul la..selama ni dengar khabar angin je wife atm dpt direct potongan..syok la..paksa rela gitu..hehe
Quote Nurul8001 6-5-2017 08:44 PM
Edited by Nurul8001 at 6-5-2017 09:16 PM
Cekla replied at 6-5-2017 08:41 PM
Ooo...maknanya betul la..selama ni dengar khabar angin je wife atm dpt direct potongan..syok la..p ...


Betul..
Wife tentera dapat beberapa portion dari gaji husband dia..

Kalo non officer, wife dpt 22% kalo tak silap
Kalo officer, wife dpt 10%..

Jadikla, daripada tak ada..kikiki
Quote Cekla 6-5-2017 08:55 PM
Nurul8001 replied at 6-5-2017 08:44 PM
Betul..
Wife tentera dapat beberapa portion dari gaji husband dia..


Kalau 2 cawangan macam mana pulak?  
Quote Nurul8001 6-5-2017 08:58 PM
Cekla replied at 6-5-2017 08:55 PM
Kalau 2 cawangan macam mana pulak?

Yg ni, saya tak tau pulak..mungkin potong lagi dan lagi dan lagi agaknya kot..kikiki
Quote carlalily 6-5-2017 09:54 PM
Nurul8001 replied at 6-5-2017 08:44 PM
Betul..
Wife tentera dapat beberapa portion dari gaji husband dia..

bagus jugak camtu eh? lagi byk cawangan lagi byk kene potong..haaa..baru rasa sikit tanggungjawab tu..
Quote Nurul8001 7-5-2017 09:41 AM
carlalily replied at 6-5-2017 09:54 PM
bagus jugak camtu eh? lagi byk cawangan lagi byk kene potong..haaa..baru rasa sikit tanggungjawab  ...

Awak..sebenarnya, saya pun tak pasti..

Yang saya tau, ATM, kalo nak kawin kena dapat kebenaran, walaupun nak kawin yg pertama, apatah lagi yang kedua..dan seterusnya..

Dan, jarang2 kebenaran untuk kawin nombor dua dapat diperolehi dengan mudah..mungkin ambilkira faktor gaji, pendapatan, masa..

askar banyak outstation, kalo kawin sorang pun susah nak allocate masa untuk family, apatah lagi kawin lebih..

Dan, ada jugak, askar kawin lebih, tapi tak declare dgn pasukan, means, tak dapat kebenaran la kiranya..kalo gini, wife kedua dan seterusnya memang takkan dapat apa2..even duit pencen pun..kalau jadi apa2 pada husband dia..

Kalau pasukan dapat tau pulak, mungkin, askar yang kawin tanpa kebenaran ni, akan kena tindakan atau denda tapi, takla teruk sangat kot dendanya..potongan untuk isteri kedua dan seterusnya, bukan paksaan tapi, terpulang pada husband tu..

Potongan yang wajib, potong dari duit gaji, yang diorang sebut potongan paksa tu untuk isteri pertama sahaja
Quote Keledek.kepam 8-5-2017 12:17 PM
Bukan benda basic ke ni?
Quote carlalily 8-5-2017 01:59 PM
Nurul8001 replied at 7-5-2017 09:41 AM
Awak..sebenarnya, saya pun tak pasti..

Yang saya tau, ATM, kalo nak kawin kena dapat kebenaran, ...

ohh macam tu. patut apply kat orang gomen opis jugak ni...
Quote mawarmatahari 8-5-2017 03:41 PM
oooooo..baru tau
Quote barfi 8-5-2017 03:44 PM
Boring. Next
Quote dakewa 9-5-2017 05:36 AM
*menguappppppp*;:zz
Quote haryatie 9-5-2017 10:29 AM
istri je la duk terhegeh hegeh nak pikat, nak ambil hati suami

Quote myakayina 9-5-2017 05:34 PM
suami punya effort plk mcm mana? asik bini jer..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.060633 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top