Permusuhan antara pemandu teksi dengan perkhidmatan Grab dan Uber memang tidak berkesudahan. Ada sahaja berita memaparkan pergaduhan antara pemandu atau luahan rasa tidak puas hati pemandu teksi terhadap Grab dan Uber.
Baru-baru ini, Facebook Mynewshub memuat naik sebuah gambar notis yang sekali lagi menunjukkan perasaan tidak puas hati dari kalangan pemandu teksi. "Di sini untuk teksi sahaja." Demikianlah yang tertera pada notis berkenaan yang 'mengharamkan' Grab dan Uber untuk mencari rezeki di sekitar kawasan Wangsa Maju selain menggunakan ayat kasar dan menyakitkan hati.
Mungkin kerana rasa tergugat dengan perkhidmatan Uber dan Grab yang semakin menjadi pilihan pengguna selain menyebabkan periuk nasi mereka terganggu membuat pemandu teksi menggantung notis terbabit. Perkongsian itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan pemandu teksi berhati busuk dan kurang ajar. "Bila dah ada pesaing macam Grab dan Uber, baru mereka tahu langit tu tinggi ke rendah. "Yang gantung ni la lembu. Dah la kurang ajar dari sikap sampai ke jalan raya," antara komen netizen. Pun begitu, tak semua pemandu teksi itu 'jahat'. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jika semua bijak bertolak ansur, perkara sebegini tidak akan berlaku. - CARI
|
37
Bagus |
34
Marah |
47
Terkejut |
20
Sedih |
17
Lawak |
42
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT