Wah, siapa sangka filem pertempuran epik terbitan industri perfileman yang kurang dikenali di India mencetuskan fenomena apabila meraih kutipan tiket tertinggi negara itu, kata penganalisis pada Isnin.
Memetik The Economic Times, "Baahubali 2: The Conclusion", bahagian terakhir daripada dua siri pengembaraan fantasi itu mengutip lebih 10 bilion rupee (RM675 juta) di seluruh dunia sejak ia ditayangkan pada 28 April lalu. Filem dari selatan India sarat dengan kesan efek khas telah mengatasi filem blokbuster Bollywood 'PK' yang mengutip sekitar ASD120 juta (RM522 juta). "Filem Baahubali 2 mengatasi 20 bilion rupee dalam kutipan kasar seluruh dunia, mengatasi filem PK lakonan Aamir Khan yang sebelum ini merupakan filem India nombor satu di dunia," kata penganalisis filem India, Ramesh Bala kepada AFP.
Baahubali menceritakan kisah dua beradik berperang untuk menguasai kerajaan India di mana terdapat adegan dalam filem itu dibandingkan dengan filem Hollywood, 300. Filem arahan SS Rajamouli itu memaparkan babak pertempuran menggunakan efek khas termasuk babak gajah mengamuk dan rempuhan lembu dan ia dirakam dalam bahasa Telugu dan Tamil dari selatan India di mana filemnya dikenali sebagai Tollywood dan Kollywood. Baahubali juga dialih ke bahasa Hindi dan beberapa bahasa daerah lain serta mencetuskan fenomena 'Baahubali' mania di seluruh dunia. Siapa yang dah tengok filem Baahubali ini? Betul-betul memukau ke? - CARI
|
29
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
16
Sedih |
19
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT