“Saya tidak berniat jahat atau ingin menyinggung perasaan dengan membunyikan hon kereta pada masa itu.” Demikian kata pemandu kenderaan yang tular dipukul jemaah kerana membunyikan hon di hadapan Surau Austin Perdana, 5 Mei lalu.
Selepas hampir seminggu isu berkenaan menjadi tular di kebanyakan media sosial, pemandu berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Toh Chai Eun itu kelmarin tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam terutama para jemaah di surau tersebut. Memetik laporan Sinar Harian, permohonan maaf terbuka itu dibacakan wakil Chai Eun, Mahadzir Abu Said menyatakan harapan agar isu tersebut dapat diselesaikan secara baik dan tidak menyinggung mana-mana pihak khususnya Bangsa Johor. “Apa yang berlaku pada waktu itu kerana saya telah terperangkap dalam kesesakan jalan di situ dan dalam urusan penting." Chai Eun yang bekerja sendiri ditemani abangnya Toh Chai Chung, 30, hadir dalam satu perjumpaan di Pejabat Agama Islam Johor yang disertai ahli jawatankuasa surau terlibat, Pengerusi Agama, Mutalip Abdul Rahim dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut.
Beliau turut menyatakan harapan agar kes tersebut tidak dipanjangkan atau disebarkan sehingga mencetuskan ketidaksenangan kaum dan mengugat keharmonian di Malaysia. Sementara itu, Pengerusi surau, Mohd Khaiidzir Ismail berharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin buat semua pihak. “Kami mengucapkan terima kasih atas pertemuan ini yang sememangnya tidak dijangka meskipun perkara ini berlaku diluar surau, kami sebagai jawatankuasa telah mengambil langkah-langkah yang perlu,” katanya. “Kalau kita melihat kepada banyak peristiwa, kita akan dapat jumpa satu penyelesaian yang sangat baik, kita akan berbalik kepada semnagat Malaysia itu sendiri khususnya di negeri Johor." - CARI |
14
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
16
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shamsadis replied at 12-5-2017 01:54 AM
So, tiada hukuman tiada hukuman ni akan menjadikan orang Melayu menyimpan dendam kesumat ma ...
Jorja replied at 12-5-2017 02:05 AM
Yg pukul2 tu agama melayu.. bukan agama islam.. tak boleh nak lupa footage pakcik berjubah pakai kup ...
OrenTheReturn replied at 12-5-2017 03:19 AM
Mcm pelik peyudahan kesah kena pukul dgn ummah terrorissss ni, ujung2 si kaper kena naik pejabat aga ...
pelicano replied at 12-5-2017 05:03 AM
Dia minta maaf.... ok, lobai2 pun happy ... tapi siap pakai neck braces bila bersalaman gambar masuk ...
imransulaiman replied at 12-5-2017 05:13 AM
Awak telah membuatkan saya scroll up untuk tengok semula gambar...
pyropura replied at 12-5-2017 05:29 AM
- cina tu ada hak protes biawak yg buat salah parking keta
- lepas tu kena pukul bertalu talu sampa ...
FanTasyCreaTioN replied at 12-5-2017 05:48 AM
tak ikut sangat kes ni ..
yang polis cari terlibat dalam sesi pukul memukul tu dah serah diri lom? ...
pyropura replied at 12-5-2017 05:55 AM
Kemungkinan besar takkan ditangkap pun, nanti lobai2 agama mulayu akan tudoh polis tak mumbela isl ...
pelicano replied at 12-5-2017 05:03 AM
Dia minta maaf.... ok, lobai2 pun happy ... tapi siap pakai neck braces bila bersalaman gambar masuk ...
ADVERTISEMENT