Baru-baru ini tersebar luas gambar seorang artis lelaki di media sosial yang didakwa terbabit dalam pengambilan ganja. Rata-rata mengatakan lelaki tersebut merupakan pelakon Soffi Jikan namun dia menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.
Menurutnya lagi dia hanya mengetahui perkara itu selepas seorang rakan menghantar gambar kad pengenalan dan lesen memandunya bersama daun kecil dipercayai ganja. "Gambar itu menggambarkan seolah-olah saya ditahan polis kerana terbabit dengan penggunaan ganja padahal saya menjalani rutin harian seperti biasa. "Jumaat lalu, saya kehilangan dompet yang mengandungi dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalan dan lesen memandu di Kuala Perlis.
“Saya percaya individu yang menemui dompet berkenaan menyalahgunakan dokumen berkenaan dan menyebar berita palsu itu," katanya kepada Harian Metro. Pelakon filem Zombi Kampung Pisang ini juga turut memohon pihak yang menemui dokumen berkenaan agar menyerahkannya kepada pihak berkuasa. Kasihan Soffi kena fitnah dan semoga dengan penjelasan yang diberi dapat menjernihkan keadaan dan membersihkan namanya semula. -CARI |
4
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
16
Sedih |
3
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT