Masyarakat sering melabel pemandu teksi sebagai biadab dan tidak mesra penumpang. Disebabkan itu, ramai yang lebih gemar memilih Uber atau GrabCar semenjak perkhidmatan itu mula beroperasi di Malaysia. Selain harga perkhidmatan pengangkutan antarabangsa itu dikatakan lebih murah berbanding kadar tambang yang dikenakan oleh teksi, rata-rata memuji layanan pemandu Uber dan Grabcar yang lebih mesra penumpang. Namun semalam, seorang wanita yang merupakan pengguna tetap GrabCar mendakwa dia telah dilayan dengan kasar oleh seorang pemandu GrabCar. 16/5/2017 . Sepanjang dok mai keja naik grabcar , harini paling spoil sekali .
First sekali , order grabcar , tunggu lebih kurang 4minit . Masuk masuk ja dalam kereta , driver dh mengamuk tanya kenapa aku x tunggu dekat traffic light . Aku cakap , semua penduduk flat ni bila naik grabcar akan tunggu depan gate , bukan dkt luar traffic light . Tengah drive pun dia boleh hon kereta tu kereta ni . Bawak mmg macam org dh tak betul -'- Then dekat nak sampai , pelik kenapa dia drop dekat tepi . Aku tnya , saya bg location tu , you kena ikut location tu . Dia boleh jawab ' BAYAR FARE RM4 LAGI MAU HANTAR SAMPAI SANA ' Eh RM4 pun duit taw . I bayar bukan x bayar . Lagipun mmg sebelum booking harga apps dh keluar memang RM4 . So apa masalahnya . Aku cakap nak report terus dia marah n tak bagi keluar dari kereta . Sampai la aku dh record baru dia buka n keluaq turun dari kereta terus tendang kena peha sebab dia geram aku record video . Tepi jalan dia boleh buat macam tu . 🙋 Terus call Grabcar punya centre , & centre dia suruh buat laporan & bagi number report . So sapa sapa nak naik GRABCAR atau UBER sekali pun , hati2 jelaaa . Serik dh aku kena harini . Sakit hati + gerammmm Loading FB Video... Memandang serius mengenai kejadian yang berlaku, penumpang terbabit bertindak membuat aduan kepada pihak GrabCar mengenai pemandu biadab itu. Laporan polis juga telah dibuat atas tujuan keselamatan. Pernahkah anda berdepan dengan pemandu baran seperti ini? Jom kongsikan pengalaman pahit anda sepanjang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sama ada teksi, Uber atau GrabCar. - CARI |
10
Bagus |
8
Marah |
14
Terkejut |
8
Sedih |
2
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
harrypoter replied at 17-5-2017 02:36 PM
grabcar tu aper?
BlueRoses96 replied at 17-5-2017 02:50 PM
Dia mcm penyapu terbang yg u selalu naik tu, bezanya dia jalan kat tanah, ada roda Ada bumbun ...
BlueRoses96 replied at 17-5-2017 02:44 PM
I pernah kena tipu dgn UBER, I tunggu sampai 40 minit. At that time I masih naif and bodo2 pasal ube ...
ADVERTISEMENT