Bila tiba sahaja sambutan Hari Ibu, penuh di media sosial dengan gambar anak dan ibu berserta ucapan yang sangat 'sweet' untuk menyatakan penghargaan terhadap wanita yang bersusah payah melahirkan mereka ke dunia ini.
Biasa dilihat ramai yang memberikan jambangan bunga, hadiah atau mengajak ibu masing-masing untuk menjamu selera di tempat yang istimewa. Namun berlainan pula dengan Doktor Nur Fauzani kerana caranya menghargai ibu bapa adalah begitu comel dan unik sekali. Mendapat perkongsian hampir mencecah 6 ribu di Facebook, Nur Fauzani serta adik beradiknya telah berjaya mencuit hari orang ramai dengan mengambil gambar ibu bapanya yang lengkap berpakaian seperti pengantin baru. "Happy mother day to my mom Rosmina Mohammed, abah pun sporting abis. Baju pengantin ni pun abah yg pilih untuk umi. Kami sayang sangat umi abah." Menurutnya lagi, ayahnya sendiri yang memilih warna merah jambu kerana dirasakan sangat bersesuaian dengan isteri kesayangan itu. "Tema asal, nak suruh pakai busana kebaya songket. Tetapi ayah tidak setuju dan katanya zaman sekarang orang pakai dress. Ayah kata warna merah jambu sangat sesuai dengan umi. Jadi ayah tak kisah kena pakai baju warna merah jambu juga." Nur Fauzani juga tidak menyangka status dan gambar ibu bapanya menjadi tular dan mendapat pujian dari netizen yang rata-ratanya yang berasa cara sambutan begini adalah sesuatu yang sangat romantik. Alahai memang manis tahap 'potong kaki' betul cara yang ditunjukkan anak-anak ini untuk menggembirakan ibu mereka. Mungkin ini boleh dijadikan inspirasi kepada anak-anak di luar sana kan? Didoakan agar hubungan yang dibina ini kekal hingga ke Jannah. -CARI |
15
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
9
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MRO replied at 17-5-2017 05:15 PM
Bila tiba sahaja sambutan Hari Ibu, penuh di media sosial dengan gambar anak dan ibu berserta ucapa ...
ADVERTISEMENT