"Hendak harapkan jodoh itu datang bergolek, entah bila? Jadi saya mengambil keputusan untuk 'go with the flow' sahaja tentang cinta." Pelakon dan penyanyi Erra Fazira pasrah dan reda meletakkan soal jodoh kepada ketentuan Ilahi.
"Rasanya lebih baik saya fokus kepada benda lain seperti kerjaya saya. Soal ini saya tidak mahu lagi fikir, jika ada jodoh saya pasti ada jalannya," katanya kepada mStar Online. Meskipun memilih untuk menyerahkan semuanya kepada takdir, primadona filem Melayu itu tak menafikan pernah rasa sunyi dan menginginkan teman. Bagaimanapun dia bersyukur kerana dikelilingi keluarga, anak dan rakan-rakan yang sedikit sebanyak menghilangkan kesunyiannya itu. "Pada saya itu fitrah bagi sesiapa pun untuk mempunyai pasangan hidup tetapi soal jodoh ia bukan urusan kita. "Saya sendiri pernah rasa inginkan teman hidup tetapi fasa itu sudah berlalu kerana saya ada fokus lain dalam hidup termasuk keluarga, anak dan rakan-rakan. "Allah sudah aturkan yang terbaik untuk saya dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang," katanya. Baguslah Erra menyerahkan soal jodoh kepada takdir dan tidak tergocoh-gocoh dalam bab cinta. Semoga dia bertemu pengganti suatu masa nanti. - CARI
|
5
Bagus |
2
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
7
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zamzam replied at 18-5-2017 11:27 AM
so apa jadi cinta dgn shahir???
ADVERTISEMENT