Rakyat India dan peminat filem Bollywood pastinya rasa kehilangan di atas kematian aktres Reema Lagoo, 58, akibat serangan jantung.
Aktres yang terkenal dengan watak keibuan itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Mumbai pada jam 3.15 pagi Rabu, waktu tempatan. Memetik Times of India, kematian Reema disahkan sendiri menantunya, Vinay Waikul. "Kami bergegas membawanya ke hospital selepas dia mengadu sakit dada kira-kira jam 1 pagi dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 3.15 pagi. "Kami terkejut dengan berita itu kerana dia seorang yang sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan," katanya. Selama lebih kurang tiga dekad berkecimpung dalam dunia Bollywood, Reema terkenal dengan watak ibu yang penyayang dan telah membintangi berpuluh filem terkenal termasuk Maine Pyaar Kiya (1989), Hum Aapke Hain Koun (1994) dan Kuch Kuch Hota Hai(1998). Sementara itu, pengarah Sachin Pilgaonkar berkata kematian Reema merupakan satu kehilangan besar kepada industri seni tempatan. Dalam masa sama, salah seorang sahabatnya masih tidak percaya Reema sudah pergi buat selamanya. "Dia pergi pada usia muda. Sedih, tapi itulah kenyataannya," katanya. Majlis pengebumiannya dihadiri barisan pelakon popular Bollywood termasuk Aamir Khan, Kajol dan Rishi Kapoor. Takziah buat keluarga mendiang. - CARI
|
13
Bagus |
20
Marah |
32
Terkejut |
21
Sedih |
18
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aqua_marine replied at 19-5-2017 03:35 PM
Semalam tgok berita ni kat news ntv7.
selamber badak je team ntv7 main video clip KKKG lakonan Jaya ...
ADVERTISEMENT