Penyanyi Hafiz Suip yang tidak muncul dengan lagu baharu selama hampir dua tahun, mengakui namanya kini makin tenggelam.
Pun begitu, dia berkata punca utama ia berlaku adalah disebabkan tiada stesen radio yang mahu memainkan lagu baharunya. “Lagu terakhir saya memasuki pasaran ialah lagu duet bersama Misha Omar, Terima Seandainya. Sekarang ini nama saya semakin tenggelam disebabkan radio tidak mahu memainkan lagu saya. “Sebenarnya selama tempoh dua tahun saya tidak muncul dengan lagu baharu, saya ada merakam lebih kurang empat buah lagu. “Lagu-lagu tersebut sudah diberikan kepada pihak radio tetapi mereka menolak untuk memainkannya kerana menurut mereka lagu tersebut bukan trend sekarang. “Kenyataan itu membuatkan saya rasa sedikit kecewa,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.
Katanya lagi, dia terbuka untuk perubahan namun tidak mahu secara total kerana masih mahu mengekalkan identitinya. “Sekarang ini saya masih tercari-cari apakah yang dimaksudkan dengan lagu trend baru. Saya juga sedang mencari material dan dalam masa yang sama mengkaji perkara tersebut. “Bagi saya, untuk bertukar seratus peratus itu mungkin tidak kerana saya inginkan kekalkan identiti dan pendirian saya terutamanya dari segi genre,” katanya lagi. - CARI |
15
Bagus |
18
Marah |
17
Terkejut |
13
Sedih |
7
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eddysheddy replied at 20-5-2017 07:48 PM
Aik lagu trend terkini yg macam mana
masdiana-ana replied at 20-5-2017 07:59 PM
Iols rasa tread terkini lagu 2 jiwang kot.. Lagu2 Bbnu byk kuasai radio boleh katakan semua back 9 ...
eddysheddy replied at 20-5-2017 08:02 PM
Bukan lagu hafiz ni biasanya style jiwang2 ke
matchstick replied at 20-5-2017 08:01 PM
Lagu AJ baru lah in trend katanya..ulang kt era setiap jam
terpaku replied at 20-5-2017 07:39 PM
banyak je lagu berkualiti tapi banyak yang on hold sebab bukan in mcm lagu2 tajul, eman etc... so by ...
ADVERTISEMENT