Perkara sering berlaku kepada kita ketika berpuasa di bulan Ramadan adalah kekurangan air di dalam tubuh. Ditambah pula dengan cuaca terik, boleh jatuh sakit dibuatnya!
Puasa, puasa juga tapi jangan sampai mengabaikan kesihatan kerana tak kurang juga sesetengah daripada kita mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk mengurangkan berat badan. Tak begitu? Jadi, untuk memastikan tubuh sentiasa cukup air dan sihat sepanjang berpuasa di bulan mulia ini, anda boleh amalkan kaedah minum air paling baik disyorkan majalah Mingguan Wanita ini! Pastikan anda minum cukup lapan gelas air sehari ya! Caranya adalah: 1 gelas selepas berbuka dengan kurma 1 gelas selepas makan nasi 1 gelas selepas solat fardhu Isyak 1 gelas selepas solat Tarawih 1 gelas selepas makan malam (kuih-muih) 1 gelas sebelum tidur 1 gelas sebelum sahur 1 gelas selepas makan sahur Elakkan dua perkara ini ketika bulan Ramadan: 1. Minum air manis Elakkan dari kerap mengambil minuman manis bagi mengelak kenaikan berat badan mendadak sepanjang bulan puasa. 2. Elak Minum Banyak Ketika Berbuka Memang tak terkata nikmatnya apabila dapat menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa. Namun, janganlah pula anda minum sehingga hilang selera makan. Sebaliknya, banyakkan minum air ketika waktu sahur. Nampak mudah untuk dilakukan, namun tak semua mampu melaksanakannya dengan baik. Sebelum jatuh sakit, baik kita mencegahnya daripada berlaku. Selamat berpuasa semua! - CARI
|
18
Bagus |
15
Marah |
19
Terkejut |
30
Sedih |
32
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sabar_sabariah replied at 30-5-2017 12:31 PM
kalau minum air kat cawan segelas pun tak lalu habis
tp kalau gogok dari botol berliter2 aku telan
...
Ayda89 replied at 30-5-2017 02:42 PM
Bulan puasa susah ler nak minum air 0...tekak selera nya ke air manis ja..nak2 yg sejuk mhmm
Zasss777 replied at 30-5-2017 03:26 PM
Betul la. I ingat i sorang je tak selera air kosong bulan puasa ni. Harus cari air manis. Soya bea ...
Ayda89 replied at 30-5-2017 03:32 PM
Tapi kena paksa minum jugak, nnti kencing manis pulak. Hahahha. Sahur segelas, lepas buka segelas, ...
Zasss777 replied at 30-5-2017 03:38 PM
Eh mesti lah minum air kosong jugak. Cuma maksud i masa mula nak bukak puasa tu kena air manis. Le ...
Artemesiaa replied at 30-5-2017 12:23 PM
Saranan yang baik apa pun yang penting kena kerap minum sepanjang antara selepas waktu berbuka hingg ...
ADVERTISEMENT