Lima tahun lalu wajah gadis ini telah disimbah asid oleh sepupunya selepas berlakunya pergaduhan salah faham di antara mereka. Baru-baru ini Lalita Ben Bansi, 26 yang berasal dari India menemui sinar baharu dalam hidupnya apabila bertemu jodoh dengan pasangannya secara tidak sengaja.
Menurut laporan dari Hindustan Times, Lalita dan Ravi Shankar, 27, mula berkenalan apabila dia menjawab panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Sejak itu, perhubungan antara mereka berdua menjadi semakin rapat dan Ravi percaya yang Lalita adalah jodoh dan takdir yang ditentukan olehnya. Sebelum itu, Lalita yang sudah hilang keyakinan diri dan hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan telah menjalani 17 kali pembedahan bagi memulihkan wajahnya.
Ravi yang bererja di syarikat swasta dan pemilik sebuah stesen minyak percaya Lalita adalah keajaiban baginya. ”Saya hanya perlu yakinkan ibu saya bahawa Lalita adalah pilihan yang tepat. ”Saya juga inginkan Lalita berasa bahagia dan dia sememangnya berhak untuk hidup seperti wanita lain,” katanya kepada portal Hindustan Times. Ravi telah mengahwini Lalita baru-baru ini dan akan menetap di Mumbai atau Ranchi, bergantung kepada pilihan isterinya nanti. -CARI
|
12
Bagus |
22
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
15
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
imthegirl replied at 31-5-2017 10:42 AM
Macam safee sali
cekelatkopi replied at 31-5-2017 10:47 AM
Lol nak cakap benda yg sama.hahaahahah mmg ada iras safeee sali
ADVERTISEMENT