Sekurang-kurangnya 35 nyawa terkorban dalam satu serangan bunuh diri dan dua letupan bom yang berlaku di Baghdad Selasa lalu. Selain itu, serangan yang berlaku pada tengah malam tersebut telah mencederakan lebih 100 yang lain.
Memetik laporan dari agensi berita Amaq, kumpulan pro Daish mengaku bertanggungjawab terhadap ketiga-tiga serangan itu. Dalam kejadian pertama, saksi menyatakan sebuah kereta meletup berhampiran sebuah kedai ais krim popular di pusat beli belah Karrada. 40 cedera manakala 13 yang lain terbunuh. Selang beberapa jam kemudian, sebuah lagi kereta meletup di tengah-tengah khalayak ramai di daerah Karkh. Kali ini ia meragut 10 nyawa dan mencederakan 44 yang lain. Sebelumnya pada sebelah petang, seorang lelaki yang memakai jaket sarat dengan bahan letupan telah meletupkan dirinya sendiri di pusat pemeriksaan tentera di bandar Hit, ke barat Baghdad. Kejadian tersebut meragut 12 nyawa termasuk 7 anggota tentera, manakala 24 lain turut cedera. Menurut sumber, memang menjadi kebiasaan rakyat Iraq keluar beramai-ramai sehingga lewat malam ketika bulan Ramadan bersama keluarga sementara menanti waktu bersahur. -CARI
|
11
Bagus |
26
Marah |
49
Terkejut |
33
Sedih |
22
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
FOTHER-MUCKER replied at 31-5-2017 04:15 AM
yang bunuh ni agama apa ye?
Lobai+Astaga replied at 1-6-2017 02:33 AM
Isle sama isle berbunohannnn kaper dpt nama burukkk nanti
pyropura replied at 3-6-2017 05:03 AM
Betul2 the last supper .... kesian
ADVERTISEMENT