Seorang lelaki telah ditahan kerana disyaki membunuh selepas seorang wanita dan dua kanak-kanak ditemui mati di rumah flat mereka. Pihak polis dipanggil ke lokasi kejadian di Falkner Street, Toxteh, Liverpool England selepas orang ramai melaporkan tentangnya.
Menurut laporan Mirror, seorang saksi menyatakan yang dia terdengar jeritan yang sangat dahsyat. Pihak polis setakat ini mengatakan penyiasatan masih lagi di peringkat awal selepas menahan suspek yang berusia 30 tahun. Bedah siasat akan dijalankan ke atas wanita dan kanak-kanak yang dipercayai ibu dan anak itu bagi mengenal pasti punca kematian.
Ada yang membuat andaian bahawa pembunuhan berlaku akibat penderaan domestik dalam keluarga. Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah mengosongkan keseluruhan kawasan perumahan dan memindahkan penduduk sekitarnya kerana kebocoran gas yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian pembunuhan terbabit. Jalan telah ditutup bagi tujuan penyiasatan dan setakat ini tiada lagi penangkapan lain yang dibuat. -CARI |
8
Bagus |
10
Marah |
12
Terkejut |
5
Sedih |
19
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
limsengkee replied at 31-5-2017 12:15 PM
mak ko sial sundal pelacur kotorrr anjing mak ko itewwww
ADVERTISEMENT