CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Banyak Adegan Terlampau, Netizen Bantah Tayang Drama Sejarah Uthmaniyah Di Malaysia

31-5-2017 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21640| Komen: 71|Original author: Oleh: Maly Rosli

Apa yang kecoh sangat di laman sosial sehingga ada yang menggesa orang ramai untuk memboikot Astro Malaysia!?

Baru-baru ini media sosial digemparkan dengan suara bantahan orang ramai berhubung drama bersiri yang berasal dari negara Turki, Magnificent Century kini ditayangkan di saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).




Kenapa mereka membantah sekeras-kerasnya sedangkan ia diadaptasi dari kisah hidup Sultan Sulaiman dari Empayar Uthmaniah.

Ramai antara mereka mendakwa terdapat banyak adegan dalam drama terbabit tak layak dipaparkan untuk tontonan umum khususnya kanak-kanak.



Dalam masa sama, ramai netizen mempersoalkan motif sebenar Astro menayangkan rancangan sedemikian, malah menyifatkannya sebagai tindakan biadab kerana menayangkannya pada bulan Ramadan.

Bukan itu sahaja, tindakan Astro itu buat masyarakat tertanya-tanya di mana Lembaga Penapisan Filem (LPF) sehingga drama sedemikian boleh 'terlepas' ditayangkan?



Isu ini mencetuskan pelbagai reaksi yang rata-rata bimbang dengan kesan tayangan drama itu.

"Lebih baik hentikan terus tayangan tu sebab bukan seorang dua yang tonton. Kalau kena mereka yang baru nak kenal Islam, boleh sesat jadinya," komen netizen.



Dalam pada itu, ada juga yang pandang positif perkara ini.

"Tengok sebagai hiburan saja. Kenapa nak marah, realiti sekarang ni pun orang Islam kita ramai buat macam tu walaupun beragama Islam," komennya.


Foto: FB

Apa pendapat anda? Buang yang keruh, ambil yang jernih atau ramai-ramai setuju ia perlu diharamkan terus dari ditayangkan di Malaysia? - CARI
37

Bagus
27

Marah
23

Terkejut
21

Sedih
29

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (161 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 31-5-2017 01:29 PM
bab berkaitan agama mmg isu sensitive...x bole main2...
Quote chinta89 31-5-2017 01:43 PM
yg x elok, kenapa nk ditayangkan walaupun ape yg dikatakan dlm komen salah sorg tu bab perempuan tu hamba abdi dan boleh dijual beli?

bagi ak, sengaja ditayang2kan cter ni utk kejatuhan islam di saat Ramadhan plk tu. motif??
Quote CiliPadiSedap 31-5-2017 01:44 PM
akak xpernah langgan astro kecuali percuma. lebai2 pis pus semua tu sanggup ke potong astro. lebai2 kemelayuan keris sanggup ke potong astro? lebai2 selangor sanggup ke?

saja nak tengok. dulu boikot mc donald pun gagal..
Quote meow_tompok 31-5-2017 01:45 PM
Ada tgk siri drama ni kat YouTube. Sejenis stress, alih alih si gundik tu jugak yg jadik haseki sultanah. entah apa apa.
Ada Siri dokumentari kat YouTube pasal secret of sultan suleyman
Quote prettyuglybabe 31-5-2017 01:46 PM
bising-bising tapi langgan jugak astro kejadah tu..
Quote s@s@ 31-5-2017 02:04 PM
x pakai astro.....
citer ni ada kat Netflix x?
Quote haliamerah 31-5-2017 02:06 PM
nak tgk..tgk...xnak tgk tukar channel lain....

Quote mishungu 31-5-2017 02:17 PM
Aku tgk jgk sbb mak aku dok lyn jgk..mmg aku pon pelik..kena masuk islam utk jd gundik sultan sulaiman tu..bkn jd bini pon..ntah hape2 je..
Quote CrowneGlory 31-5-2017 02:20 PM
LPF tgk tajuk je terus bg tayang... isi tak kaji dulu...tido kah?
Quote matchstick 31-5-2017 02:24 PM
astro njoi mmg ada channel maya...mcm mana nk potong

yg suruh org potong tu dia sdiri dh potong belom.
Quote matchstick 31-5-2017 02:25 PM
tgk iklan cerita ni alihbahasa melayu kan..aku mmg xkan tgk sbb cerita alihbahasa
Quote izzah_mia 31-5-2017 02:40 PM
mishungu replied at 31-5-2017 02:17 PM
Aku tgk jgk sbb mak aku dok lyn jgk..mmg aku pon pelik..kena masuk islam utk jd gundik sultan sulaim ...

mak sy pun layan gak sampai sy sound cita apa ni....cita xde faedah
Quote shiedafaizal 31-5-2017 02:42 PM
tgk smpi 1 episod ja pastu cam ntah apa apa ja
Quote Victorioussss 31-5-2017 02:45 PM
Sesape yang sokong cerita ni tak salah ditayangkan,
Dia sebenarnya tak kisah kalah adik perempuan dia tengok 50 shades of grey.
Tak kisah kalau apak dia main game ganguro girl.
Tak kisah kalau mak dia tengok movie the nymphomaniac

Alah cerita je pon.niat tak menghalalkan cara. Kalau movie hina Islam agama sendiri pun kau tak bole nak benci dalam hati (selemah lemah iman), maka akidah kau kat mana?
Quote JaniceAF 31-5-2017 02:45 PM
nak tgk..tgk...xnak tgk tukar channel lain....
Quote RatuDunia94 31-5-2017 02:54 PM
Rata2 yg suka tgok cite ni sbb rembes dgn sultan sulaiman yg tasty itu yach..
Quote paz 31-5-2017 03:08 PM
Selalu nampak iklan ni.
Quote tagas 31-5-2017 03:17 PM
Pelakon2 pompuan nye persis pelakon blue film

nyaris2 membatalkan pose ku utk menyabun
di bilik mandi
Quote CardiGans85 31-5-2017 03:36 PM
X penah terlintas hati tgk sbb tgk iklan drama ni semacam je. ade satu mlm br2 ni tertengok skjp ms isteri/perempuan simpanan/hamba sultan kena racun dlm dessert. Yg si adik romantically dating kt tmn bunga.

Baik tgk film highlander or harry potter,dah tentu2 fantasy film.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.066411 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top