Sebuah video memaparkan dua budak lelaki ditahan anggota polis kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar kini tular di media sosial. Video berdurasi 3 minit 22 saat itu mencuit hati netizen hingga telah dikongsikan hampir 4 ribu pengguna Facebook semenjak dimuat naik pada 2 hari lalu. Menerusi rakaman video tersebut, dua budak lelaki itu ditahan anggota polis dan disoal pelbagai soalan. Reaksi mereka berdua yang ketakutan dan merayu agar dilepaskan sangat lucu dan comel. "Bang jangan bang, tolong bang saya janji tak buat lagi bang" rayu salah seorang dari budak lelaki tersebut. "Ni nak tanya, kau ni nak menangis ke nak ketawa ni? kau hisap rokok eh, hisap gam eh. Jom ikut ke balai " kata anggota polis tersebut.
Walaupun dirayu, anggota polis tersebut tetap mengusik dan mengertak dua budak lelaki itu kononnya mereka berdua akan dibawa ke balai polis dan dimasukkan ke lokap selama 14 hari. Akhirnya setelah penat melayan rayuan budak lelaki tersebut, dua budak lelaki itu dipaksa menyanyikan lagu Negaraku sebelum diarahkan pulang ke rumah. Loading FB Video... Memang kelakar gelagat budak dua orang ini. Ketika zaman kanak-kanak dahulu, pernahkah anda ditahan polis seperti dua budak lelaki ini? Jom kongsikan pengalaman anda. - CARI |
24
Bagus |
12
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
21
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT