Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Nampaknya pelakon Farid Kamil dan juga isterinya Diana Danielle kini telah 'melahirkan' bintang kecil yang bakal menyinar.
Siapa sangka, aksi bersahaja anak pasangan ini, Muhammad dalam iklan Lifebuoy mendapat perhatian ramai. Meskipun usianya baru tiga tahun, namun Muhammad atau lebih mesra disapa Chemad seakan 'terarah' mempunyai bakat semula jadi seperti kedua ibu bapanya itu. "Jujurnya saya gementar kerana bimbang projek itu tidak sempurna sekiranya Chemad gagal memberikan persembahan baik untuk kempen itu. "Tetapi selepas menonton sendiri hasil akhir iklan itu saya lega dan tidak menyangka anak saya sebenarnya mempunyai bakat dalam lakonan dan tertanya-tanya juga dari mana dia belajar berlakon! "Bukan saya tidak yakin dengan Chemad cuma apabila di set penggambaran saya tak rasa dia memberi seperti mana ditonton dalam iklan," kata Farid kepada Mstar Online.
Katanya lagi, Chemad sememangnya menyuarakan mahu menjadi seorang pelakon, namun sebaliknya sebagai bapa Farid berasakan anaknya itu masih belum mengerti. "Dia selalu cakap hendak jadi macam Baba (panggilan Chemad kepada Farid) tetapi dia tidak tahu apa maknanya menjadi seperti saya. "Chemad cakap begitu kerana apa yang dia nampak dan saya tak rasa dia hendak menjadi pelakon namun sebagai ibu-bapa itulah tanggungjawab saya dalam mencorakkan kehidupannya," ujarnya yang tidak menolak tawaran yang tidak mengganggu jadual pembelajaran anaknya itu nanti. - CARI |
31
Bagus |
43
Marah |
21
Terkejut |
53
Sedih |
28
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_premierleag replied at 1-6-2017 09:49 AM
hensem gak anak diorang ni
dah besar sok bleh la adik ni kapel dgn ecah sbb sama2 muka kokesen
sepitsiput replied at 1-6-2017 09:59 AM
meols dengan ini mengisytiharkan #MadEsah yachhh....mohon tular di tahun 2040 nnt... time tu harus m ...
ADVERTISEMENT