Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam (Rabu), menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas empat lelaki termasuk pasangan adik beradik atas pertuduhan mengakibatkan kematian seorang lelaki tanpa niat berkaitan masalah parkir, tiga tahun lalu.
Memetik Harian Metro, Hakim Datuk Abdul Halim Aman sempat memberi sepatah dua kata menasihati tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman berkenaan. “Kamu perlu bersyukur kerana tidak disabitkan dengan kesalahan membunuh dan diharap menjadi warga yang baik selepas menjalani hukuman kelak. “Masih ada ruang dan peluang untuk kamu mengubah kehidupan diri serta keluarga," katanya.
Harian Metro melaporkan, M Aingaran, 30, dan adiknya, M Balasubramaniam, 28, bersama M Peerarasu dan P Anbearasan, masing-masing berusia 31 tahun didakwa membunuh R Tharmaraja, 32, di sebuah pangsapuri di Pelangi Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam 12 April 2014. “Berdasarkan keterangan yang diperoleh, berlaku pertengkaran antara si mati dan keluarga tertuduh berkaitan parkir. Keempat-empat tertuduh kemudian mengepung dan menetak si mati bertubi-tubi dengan parang. “Namun mahkamah mendapati tiada isu perancangan awal bagi kedua-dua pihak untuk mewujudkan pergaduhan dan ia berunsur provokasi sehingga mengakibatkan kematian si mati,” katanya. Mahkamah meminda pertuduhan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan ketika prosiding di akhir pembelaan selepas pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. - CARI
|
6
Bagus |
16
Marah |
7
Terkejut |
14
Sedih |
9
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
etik Harian Metro, Hakim Datuk Abdul Halim Aman sempat memberi sepatah dua kata menasihati tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman berkenaan.
“Kamu perlu bersyukur kerana tidak disabitkan dengan kesalahan membunuh dan diharap menjadi warga yang baik selepas menjalani hukuman kelak.
“Masih ada ruang dan peluang untuk kamu mengubah kehidupan diri serta keluarga," katanya.
farahamira replied at 1-6-2017 11:21 AM
baru je lepas bace perempuan mengamuk sbb parking. haih parking pun boleh jadi isu ye skrg
mummy75 replied at 1-6-2017 11:36 AM
nampak nau masyarakat mesia ni terkesan dgn isu kekurangan parking..mahal camne parking pun sanggup ...
jazaa100 replied at 1-6-2017 12:16 PM
Keta makin byk.....tanah makin kurang....klu duduk flat pprt...main cop cop parking mcm mak pak do ...
jazaa100 replied at 1-6-2017 12:12 PM
Iya dik.....
Dok kl ni serba tertekan....sbb parking pun blh berbunuhan......
ADVERTISEMENT