CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

LPF Arah ASTRO Tapis Drama Kontroversi, The Magnificient Century

2-6-2017 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29487| Komen: 369

 The Magnificient Century

Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah mengarahkan MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (ASTRO) mengambil tindakan segera untuk menapis kandungan dalam siri drama,  ‘The Magnificent Century’.

Drama yang berasal dari Turki itu dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam dan tidak sesuai ditayangkan di negara ini.

Menurut laporan Bernama, Astro melakukan semua penapisan untuk semua rancangannnya sendiri tanpa melalui LPF.

Susulan dari aduan orang ramai, LPF telah mebincangkan perkara ini bersama dengan ASTRO.


"Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh JAKIM," kata LPF.

Sebelum ini drama yang diadaptasi dari kisah hidup Sultan Sulaiman dari Empayar Uthmaniah ini menimbulkan reaksi negatif orang ramai kerana terdapat banyak adegan yang terpesong tentang Islam dan tidak bersesuaian ditonton terutamanya oleh kanak-kanak. -CARI
45

Bagus
31

Marah
12

Terkejut
28

Sedih
24

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (172 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimo 2-6-2017 05:45 AM
netizen dh viralkan...jd lebih pantas la tindakan...
Quote hzln 2-6-2017 05:48 AM
Banyak Adegan Terlampau, Netizen Bantah Tayang Drama ‘Magnificent Century’

Apa yang kecoh sangat di laman sosial sehingga ada yang menggesa orang ramai untuk memboikot Astro Malaysia!?


Baru-baru ini media sosial digemparkan dengan suara bantahan orang ramai berhubung drama bersiri yang berasal dari negara Turki, Magnificent Century kini ditayangkan di saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

Kenapa mereka membantah sekeras-kerasnya sedangkan ia diadaptasi dari kisah hidup Sultan Sulaiman dari Empayar Uthmaniah.


Ramai antara mereka mendakwa terdapat banyak adegan dalam drama terbabit tak layak dipaparkan untuk tontonan umum khususnya kanak-kanak.


Dalam masa sama, ramai netizen mempersoalkan motif sebenar Astro menayangkan rancangan sedemikian, malah menyifatkannya sebagai tindakan biadab kerana menayangkannya pada bulan Ramadan.


Bukan itu sahaja, tindakan Astro itu buat masyarakat tertanya-tanya di mana Lembaga Penapisan Filem (LPF) sehingga drama sedemikian boleh ‘terlepas’ ditayangkan?



Isu ini mencetuskan pelbagai reaksi yang rata-rata bimbang dengan kesan tayangan drama itu.

“Lebih baik hentikan terus tayangan tu sebab bukan seorang dua yang tonton. Kalau kena mereka yang baru nak kenal Islam, boleh sesat jadinya,” komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang pandang positif perkara ini.

“Tengok sebagai hiburan saja. Kenapa nak marah, realiti sekarang ni pun orang Islam kita ramai buat macam tu walaupun beragama Islam,” komennya.













Quote white_musk 2-6-2017 05:53 AM
Tak melayu lah kalau tak rasa terhina ke Hulu, terhina ke hilir
Quote hzln 2-6-2017 06:03 AM
white_musk replied at 2-6-2017 05:53 AM
Tak melayu lah kalau tak rasa terhina ke Hulu, terhina ke hilir

yg buat drama tu org turki, ttg sejarah negara turki, utk siaran tv turki (tapi berjaya terjual ke seluruh dunia sbb dpt sambutan yg hangat, dan akhirnya sampai ke malaysia, walau 4,5 tahun terlewat)
yang sentap terlebih puak melayu...


Quote jasmeen 2-6-2017 06:04 AM
Aku dah tengok cerita ni tapi tak best pada aku.Lara aisyah best
Quote batmana 2-6-2017 06:04 AM
Drama pkul 7ptg pn pada aku menghina islam.psl wt waktu maghrib.buat org lalai
Quote hzln 2-6-2017 06:05 AM
batmana replied at 2-6-2017 06:04 AM
Drama pkul 7ptg pn pada aku menghina islam.psl wt waktu maghrib.buat org lalai

itu laen banggggg....laennnnnn....
Quote kasibiman 2-6-2017 06:07 AM
Aku suka isteri tuan ihsan
Quote hambaallah1709 2-6-2017 06:15 AM
oh patutla sehari 2 ni aku nak tengok citer ni kul 7pm dah takde...pelik jugak


aku follow citer ni dari episod 1...
suke tengok sebab pompuan2 yang berlakon dalam tu sume cantik2 cun2 muke floles...
now dah takde ke citee tu...
Quote hzln 2-6-2017 06:16 AM
Astro menarik keluar siaran drama bersiri, Magnificent Century setelah mendapat bantahan umat Islam di negara ini.

Drama Turki ini diadaptasi dari abad kejatuhan Khilafah Islam yang terakhir, Uthmaniyah. Beberapa negara Islam sebelum ini telah mengharamkan penayangan drama tersebut (negara mana nih? ker cakap main hembus jah?   ) atas alasan ianya menghina Islam kerana memaparkan adengan-adengan lucah, berlaku penyeleweng fakta dan fitnah ke atas sejarah Uthmaniyah dan dikatakan sebagai suatu cara meraikan tumbangnya Khilafah.

"[b]Yes we already removed the programme. Will update you further," mesej Astro kepada orang penting KKMM sebentar tadi.

Syabas atas keprihatinan Astro.
Quote Pajeri_Nenas 2-6-2017 06:44 AM
tak mgaku kejatuhan ottoman SBB raja kaki pompuan?
Quote AbukRokok 2-6-2017 06:57 AM
mestilah rasa terhina sbb sepanjang hidup sultan turki ibarat bayangan tuhan
Quote white_musk 2-6-2017 07:01 AM
Pajeri_Nenas replied at 2-6-2017 06:44 AM
tak mgaku kejatuhan ottoman SBB raja kaki pompuan?

Ottoman ni paling bangsat. Pergi negara kapeer bunuh semua org kapeer dgn raja2nya sekali. Mayat kapeer2 tu diperlakukan kejam  
Quote Lorra2411 2-6-2017 07:36 AM
cerita Dracula Untold pun masa zaman Kerajaan Uthmaniyah kan? aman aman jah, takde kena banned pun. cuma ada yang bising, tapi tak sampai kena banned.
Quote willow12 2-6-2017 07:36 AM
Oh astro dah stop drama ni ek...

Iols layan jugak..tp kejap2 je la..

Sebab suka setting drama ni. Sgt real okeh. Architecture cantik, their attires pun i suka tgk.. Mmg betul2 epic gittew.
Quote ultra78 2-6-2017 08:05 AM
Adakah org Melayu percaya empayar Ottoman itu suci murni bak embun pagi? Adakah disebabkan sesebuah kerajaan itu dipimpin orang Islam maka secara automatik semuanya jadi baik belaka?
Quote lurve82 2-6-2017 08:09 AM
jln citer ni best...tp pelakon mcm kayu sket..aku bru tgk smpi epi 4 utube..byk lg nk kne tgk...aku ske tgk ibrahim...
Quote lurve82 2-6-2017 08:09 AM
muka tenaga pengajar gundik2 tu mcm lisa surihani...apa ntah nama dia
Quote dauswq 2-6-2017 08:12 AM
tak leh terima kah soltan suleiman simpan gundik banyak2 tu?

sejarah tetap termaktub perangai hina dina mereka bergelar khalifah islam ni

Lihat semua komen(369)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.133968 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top