CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditinggalkan Sendirian, Budak Cuba Keluar Rumah Tersangkut Di Jeriji Pintu

2-6-2017 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10353| Komen: 67

Seorang pelajar tingkatan tiga ditimpa malang apabila percubaan untuk keluar dari rumah melalui jeriji pintu besi rumahnya tidak berjaya.

Kejadian berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg. Baru Hicom, Shah Alam pada pukul 11 pagi selepas mangsa yang merupakan anak tunggal ditinggalkan bersendirian dalam keadaan rumah yang yang berkunci.

Foto: Utusan Online
Menurut laporan Utusan Online, ibu bapanya mengambil tindakan sedemikian bagi mengelakkan dia keluar merayau sementara mereka keluar bekerja.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.12 pagi daripada orang ramai.

Bomba tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian bersama tujuh orang anggota.


“Setibanya di lokasi kejadian, kelihatan mangsa sedang tersepit di paras pinggang di jeriji pintu besi bahagian bawah. Kita mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Kita terpaksa memotong jeriji pintu besi menggunakan alat pemotong hidraulik untuk mengeluarkan mangsa. Bagaimanapun, tiada kecederaan serius berlaku kepada mangsa,” katanya. -CARI



21

Bagus
17

Marah
24

Terkejut
11

Sedih
24

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ~boolean 1-6-2017 10:13 PM
Tingkatan 3 pe'el macam darjah 3
Quote uda 1-6-2017 10:14 PM
Dah tingkatan 3 boleh tak boleh nak fikir. Kan lubang grill tu kecil,manalah muat. Dia ingat dia kucing ke, badan elastic
Quote kaktom16 1-6-2017 10:15 PM
uda replied at 1-6-2017 10:14 PM
Dah tingkatan 3 boleh tak boleh nak fikir. Kan lubang grill tu kecil,manalah muat. Dia ingat dia kuc ...

mak pak dia dah tua tua pun tak boleh fikir dik, kau pun tak boleh pikir dik. bahaya kunci orang tak kira kecik besar umur berapa dalam rumah dik.
Quote sebu1 1-6-2017 10:17 PM
Patutle mak ayah dia x bg kunci dan kunci sb budak ni x brp cerdik ke tengok  keadaan gambar mcm x brp. Patut call le mak minte kebenaran nk keluar dik weh.
Quote ronapink 1-6-2017 10:20 PM
laaaaa ingatkan bdk umur 6 tahun,
tingkatan 3 dah,
Quote kaktom16 1-6-2017 10:20 PM
sebu1 replied at 1-6-2017 10:17 PM
Patutle mak ayah dia x bg kunci dan kunci sb budak ni x brp cerdik ke tengok  keadaan gambar mcm x ...

kau pun tak berapa cerdik dik. kalau ada kebakaran, call sesiapa pun tak sempat dik. api padam, tinggal mayat rentung jer dik.


Quote tumpanglalu74 1-6-2017 10:21 PM
kaktom16 replied at 1-6-2017 10:10 PM
ini mak pak lutut letak dalam otak. simpang malaikat, kalau ler terbakar ke apa ker, rentung bud ...

Kunci kejap pon takpe kalo takat nak pi kedai kat bawah flat tu je.  Ate dari kasi budak persis spesis lembam ni kunci lagi la haru.  Dia merayo keluor rumah, pintu tak ditutopnye.  Aku rase dari gambor tu dah tau budak ni macamana.  Mak bapak pon dah givap.
Quote zawara 1-6-2017 10:21 PM
ingatkan kat china tadi
Quote Joannalee 1-6-2017 10:27 PM
Yang nak keluar Rumah Sgt tu kenapa???
Quote supersudoku 1-6-2017 10:32 PM
anak dia autism kot..
Quote jazaa100 1-6-2017 10:44 PM
Anak merayap nanti forummer kata mak pak pandai buat anak je.....

Mak pak dia kurung sbb budak ni nakal...kuat merayap...mak pak nk pegi kerja cari nafkah....


Quote dazzledazzle 1-6-2017 10:53 PM
kita pun tak tau cite yg sebenar.

skrangkan tgh cuti sekolah 2 minggu..
agaknya bdk ni selalu merayap je kot bile mak bapak takde kat umah gi keje..
mungkin mak bapak dia takut dia bercampur dgn bdk2 tak elok ke.. gi merokok..bdk ni form 3 kan.. nanti korg gak bising mak bapak tak reti jaga anak merayap tak tentu hala la...
Quote matchstick 1-6-2017 10:59 PM
xtau nk komen camana..x tinggal kunci kot ada kecemasan kesian budak tu. tinggal kunci kt tangan budak kalu jenis nakal ntah kemana merayap jadi mat rempit ke xpun gi lumba beskal tgh2 jalan kena langgar makpak jgk salah. kalu mak berenti keja jaga anak, kemungkinan gaji bapak saje xcukup nk tampung keluarga, bila mtk bantuan kena cerca pula. kalu anak tu terdidik dr kecik perangai elok, patut xde masalah makpak nk tinggal kunci rumah masa gi keja. dh umur 15 bukan 5 tahun..
Quote kuzaime 1-6-2017 11:13 PM
Bukan budak lg, tp remaja dah pun.. Mngkin adalah sebab smpai mak bapak kena kurung budak ni dlm umah..
Quote cha-cha 1-6-2017 11:17 PM
Laa.. ingatkan budak kecik main selit selit pagar.. dah form 3 rupanya. Bahayanya macam ni.
Quote prettyuglybabe 1-6-2017 11:30 PM
rasanya baca kat mana tadi kata umur 10 tahun..
so maknanya darjah 3.. bukan tingkatan 3 kan?
Quote jengkoil 1-6-2017 11:36 PM
Mak pak pong...supply la enpon kat anak dgn data plan unlimited..boleh ank tu ilangkan kebosanan dgn membaca bahan ilmiah dari internet,  ulangkaji kat tumblr,  streaming bidio2 experimen science.....
sian anak tunggal bosan kat umah sorg2..
Quote alieyrina 1-6-2017 11:56 PM
Aku tgk mcm bukan ting.3 pun  

Nampak kt berita..ingat china..tp tgk baju bomba mc  mesia..blur sat..rupanya betui mesia bila baca kt forum..kuikuikuii
Quote FanTasyCreaTioN 2-6-2017 12:18 AM
jazaa100 replied at 1-6-2017 10:44 PM
Anak merayap nanti forummer kata mak pak pandai buat anak je.....

Mak pak dia kurung sbb budak ni ...
Baru nak tulis benda yang sama ..

dalam kes macam ni .. mak pak nak buat apa yer ?
dah tingkatan 3 patut nya boleh d tinggalkan sensorang kat rumah. bukan suruh tunggu luar rumah pun kan.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.055982 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top