Lama tak muncul di kaca televisyen tidak menghakis bakatnya dalam seni lakonan. Bahkan lakonannya meninggalkan kesan kepada penonton walaupun lama tidak mengasah bakat.
Jika anda tonton drama Hero Seorang Cinderella, pasti anda berasa sakit hati melihat Datin Seri Zizie Izette yang mesra disapa sebagai Zizie membawakan wataknya sebagai Puan Sri Mawar dalam drama berkenaan. Bukan apa, geram melihat watak Medina yang dilakonkan Nur Fazura dibuli Puan Sri Mawar dan anaknya Puteri (Uqasha Senrose). Zizie dilihat berjaya menghidupkan watak ibu tiri yang jahat walaupun sudah lama tidak berlakon. Memetik Astro Gempak, Zizie mengakui hatinya terbuka untuk kembali berlakon kerana Michael Ang menerusi siaran langsung MeleTop, malam Selasa lalu.
“Saya menerima tawaran untuk kembali berlakon kerana Michael. Berterima kasihlah kepada dia kerana dia yang bertanggungjawab membawa saya kembali selepas ‘berehat’ panjang. “Selepas ini saya tidak mahu lagi berehat terlalu lama kerana lapan tahun saya berhenti, bila masuk set balik saya terlupa teknik berlakon. “Nak dapatkan balik teknik itu semua, bukan perkara yang mudah. Dan yang menjadi masalah utama saya ialah apabila ‘nervous’ menguasai diri,” katanya. Sementara itu menurut Micahel Ang, watak Puan Seri Mawar dan Puteri memang sengaja dicipta untuk dibenci tetapi disayangi dalam masa yang sama. “Kalau anda baca novel, watak ibu dan kakak tiri Medina berbeza dengan yang kami bawa ke kaca televisyen,” katanya. Semoga Zizie terus berlakon dan memberikan yang terbaik ya. - CARI
|
18
Bagus |
35
Marah |
33
Terkejut |
46
Sedih |
31
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT